Thursday, 18 July 2019

Wang Zakat Untuk PEMBANGUNAN INSANI Golongan LGBT VS Wang Zakat Untuk Golongan LGBT


Bismillah Walhamdulillah Allahuakhbar.
Seringkali kita mendengar di akhbar arus perdana atau media massa dan elektronik tentang golongan LGBT. Siapakah LGBT ini? LGBT membawa maksud L-Lesbian, G-gay, B-bisexual dan T-transgander. Golongan ini sejak mutakhir ini mula muncul dan berani membawa hak dan isu mereka ke tatapan masyarakat. Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, golongan ini juga mempunyai peranan mereka tersendiri. Namun bagi agama Islam golongan ini

tidak Image result for zakatberada di landasan sebenarnya dan perlu didekati, didampingi dan diajak berunding serta berkawan sambil berdakwah dan bukan mengenepikan golongan ini daripada masyarakat. Oleh itu melalui Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan JAKIM sesuatu wajib dilakukan bagi membasmi permasalahan ini daripada terus merebak sehingga menjadi parah dan barah dalam masyarakat Malaysia umumnya dan Islam khususnya.
Image result for LGBTOleh itu, melalui alat Kewangan Sosial Islam (Islamic Social Finance) iaitu ZAKAT, maka golongan LGBT ini mampu didekati dan diberi peluang untuk mereka kembali kepada fitrah sebagai manusia yang normal. Persoalannya adakah wang ZAKAT boleh diberikan kepada LGBT? Atau adakah wang ZAKAT boleh diberikan untuk pembangunan Insani melalui pelbagai program yang dirancang oleh sesebuah organisasi? JAWAPANYA ialah wang ZAKAT tidak boleh diberikan kepada golongan LGBT tetapi wang ZAKAT boleh diberikan untuk pembangunan Insani melalui pelbagai program yang dirancang oleh sesebuah organisasi.Macam sama je? Nampak macam sama tetapi ia sangat berbeza. Sekiranya wang ZAKAT diberikan kepada golongan LGBT maka ia akan mengundang pelbagai kesulitan lain yang memungkinkan objektif untuk memulihkan golongan ini menjadi sia-sia tetapi jika wang ZAKAT diberikan kepada NGO atau sesebuah organisasi yang menganjurkan program pembangunan insani untuk membantu golongan LGBT menjadi manusia normal maka ia diharuskan di dalam Islam. Majlis Fatwa Negeri Kedah dan majlis Fatwa Negeri Selangor telah mengHARUSKAN wang zakat digunakan untuk pembangunan insani golongan LGBT.

Image result for riqabKenapa LGBT termasuk golongan RIQAB? LGBT termasuk di dalam golongan Riqab kerana Riqab  ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik (LZS), Riqab ialah orang-orang Islam tercengkam dengan perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu (PPZ), Riqab ialah seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri dan termasuk juga untuk melepaskan muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir. Kesimpulanya ketiga-tiga negeri ini menggunakan istilah DIBELENGGU untuk meninterpretasikan golongan Riqab.
Namun Riqab pada zaman awal Islam dahulu merujuk kepada tawanan perang sahaja (dibelenggu) dan ia tidak mempunyai impak kepada kesihatan masyarakat, kemakmuran masyarakat, keharmonian masyarakat dan akhlak masyarakat. Namun Riqab LGBT ini mempunyai impak negatif yang jauh lebih buruk berbanding Riqab tawanan perang. Cuba bayangkan golongan LGBT ini yang mengidap HIV akibat perbuatan negatif mereka? Kesimpulannya  pengagihan wang zakat untuk pembangunan insani golongan LGBT adalah merupakan pendekatan yang selaras dengan MAQASID SYARIAH di MALAYSIA. Wassalam. Wakaf Jiwa

Monday, 8 July 2019

Kadar Zakat Fitrah 2019; RM7, RM14 atau RM21



 Assalamualaikum. Buat pertama kalinya di Malaysia kadar zakat fitrah di Malaysia mengalami sedikit pembaharuan. Sebelum ini kadar zakat fitrah setahun adalah tetap pada satu kadar sahaja. Namun pada tahun 2019 kadar ini berubah mengikut jenis beras yang di makan oleh seseorang individu. Sebelum saya mengupas tentang perubahan kadar ini, lebih baik kita memahami dahulu apakah yang dimaksudkan zakat fitrah.


Related image
Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan atau zakat kepala. Perkataan fitrah itu sendiri berasal dari bahasa Arab iaitu ‘fitri’ yang membawa maksud berbuka. Zakat fitrah sering dikaitkan dengan puasa Ramadhan bagi masyarakat Islam di mana sejarah telah membuktikan kepada dunia bahawa bagaimana kehebatan yang ditonjolkan oleh tentera Islam di bulan ramadhan melalui perang Badar ini apabila bilangan mereka hanya 313 orang tetapi tentera kafir terdiri daripada 1000 orang yang diketuai oleh kafilah Abu Sufyan. Namun keberkatan dan kesucian bulan ramadhan telah memberi ransangan kemenangan kepada mereka.

Pada mulanya kadar zakat fitrah itu dikira mengikut timbangan ataupun sukatan buah kurma atau anggur. Namun di Malaysia sukatan zakat fitrah ini adalah berasaskan beras iaitu segantang beras di mana segantang beras bersamaan 2.7kg sahaja. Selain itu jumhur ulama telah memberi keutamaan supaya nilai atau kadar zakat fitrah ini juga boleh dibayar dengan jumlah wang tunai sebagai ganti kepada tamar atau anggur ataupun beras tetapi jumlah wang yang dibayar zakat itu mestilah sama nilai dengan segantang tamar atau segantang tepung atau segantang beras. Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan
JENIS BAYARAN
NILAI
Segantang beras
2.7 kilogram
Wang Tunai
Mestilah sama dengan nilai semasa segantang beras
Namun kadar zakat fitrah bagi tahun 2019 mengalami sedikit pembaharuan bagi beberapa negeri antaranya Perak, Kedah dan Selangor. Ini dapat dilihat seperti gambarajah yang diberikan. Bagi penulis, kaedah pengiraan zakat seperti ini lebih tepat . Walaupun begitu beberapa perkara harus diambil kira dan dimurnikan seperti:
1. Seorang petani yang sakit dan terpaksa makan beras yang berharga 5kg RM50 untuk menjaga kesihatannya. Adakah beliau perlu membayar zakat fitrah RM21?
2. Seseorang individu yang makan pelbagai jenis beras dalam tempoh setahun di mana kadar penggunaan beras ini adalah sama sama ada yang biasa atau yang mahal. Bagaimana pengiraan kadar zakat fitrah tersebut.
Walaupun begitu pengenalan kaedah zakat fitrah yang berbeza kadar harganya dilihat oleh penulis sangat menarik kerana ia menggambarkan nilai Islam sebenar yang bersifat adil, universal, sesuai sepanjang zaman dan memenuhi maqasid syariah. wassalam

Thursday, 1 March 2018

Pengurusan Harta Islam ( Islamic Wealth Management FOR iSLAMIC MAN )

Manusia yang bergelar Islamic Man amat berbeza dengan manusia yang bergelar Economic Man. Mereka yang mengejar keduniaan dengan mengenepikan prinsip-prinsip Syariah dalam amalan gaya hidup mereka dan meletakkan dunia sebagai matlamat utama berbanding akhirat, maka golongan ini layak digelar Economic Man. Namun bagi seseorang Muslim yang mengaku sebagai Islamic Man, yang bukan sahaja berpegang kepada RuKun Iman dan Rukun Islam semata-mata tetapi gaya kehidupan di dunia juga senantiasa mengikut acuan Islam. Berikut merupakan gaya hidup seseorang yang bergelar Islamic Man:


Thursday, 14 September 2017

KADAR GST 6% DI TURUNKAN KEPADA 2- 4%?

.
Assalamualaikum. Artikel di atas telah dinukilkan olehku untuk tatapan semua. Moga ia memberi manfaat untuk semua. Yang mustahak ialah maksud surat daripada artikel itu harus difahami secara makro dan yang penting lagi ialah maksdu tersirat daripada artikel ku itu perlu digali dan dikaji serta dipertimbangkan demi maslahah rakyat sejagat. Walaupun artikel ku itu ada yang sedikit telah dipotong, namun atas semangat WAKAF ILMU dan WAKAF JIWA ku nukilkan jua. Alhamdulillah. selamat membaca dan harap maaf.

Wednesday, 30 August 2017

PELABURAN WANG ZAKAT: BOLEH ATAU SEBALIKNYA

Sistem Kewangan Sosial Islam telah menyenaraikan zakat, wakaf, hibah, sedekah dan wasiat sebagai instrumen dalam pengagihan kekayaan dalam masyarakat. Kehidupan manusia yang semakin menghampiri REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0  menyaksikan semakin banyak sistem kehidupan manusia berpaksikan kepada kecanggihan tenkologi. Sekiranya Revolusi ini tidak dikawal atau diacu dengan acuan Syariah maka dibimbangi ia boleh mencacatkan struktur kehidupan manusia yang mungkin membawa kepada jurang hidup antara golongan kaya dan miskin semakin jauh. Jesteru itu, sesuatu ijtihad baharu yang perlu kepada penambahbaikan instrumen penyusunan masyarakat agar lebih adil dan sejahtera perlu diterokai.

Dewasa ini kita sering mendengar tentang wakaf bermula dengan wakaf harta sehinggalah kepada wakaf tunai dan wakaf korporat. Wakaf ditonjolkan sebagai alat utama dalam mewujudkan masyarakat yang adil dan sejahtera. Pelbagai geran dan peruntukan diberikan dalam bidang ini agar wakaf ini diterokai dan sesuatu benda baharu tentang wakaf dapat diterjemahkan dalam bentuk mewujudkan masyarakat yang hidup aman dan sejahtera. Sesungguhnya usaha ini perlu disokong walaupun wakaf itu sebenarnya bukan bersifat wajib di dalam Islam berbanding zakat.

Jesteru itu, zakat yang telah diberi penekanan tentang peri pentingnya dalam Syariah Islam khususnya dalam ekonomi Islam sebagai alat utama penyusunan masyarakat agar melahirkan masyarakat Madani perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan. Pernahkan kita terfikir golongan miskin kini bukan sahaja wujud dikampung-kampung tetapi juga dikawasan pekan, bandar dan kota metropolitan. Pernahkah kita terfikir bahawa wang zakat yang diberikan kepada asnaf itu akan habis dibelanjakan oleh mereka dan mengharapkan bantuan zakat lagi di masa hadapan. Pernahkan kita terfikir zakat ini mampu diagihkan dengan jumlah yang jauh lebih besar daripada kutipan zakat sekiranya diuruskan dengan bijaksana. Pernahkah kita terfikir bahawa zakat ini boleh merentasi sempadan sekiranya didalam sesebuah masyarakat itu tidak ada lagi golongan asnaf2 lapan. Pernahkah kita terfikir bahawa zakat mampu membasmi sistem riba.Maksudnya di sini zakat perlu diberi nafas baharu mengikut perkembangan semasa tetapi masih tertakluk kepada sumber-sumber primary dalam Islam. Bagi mengatasi dan menjawab persoalan PERNAHKAH itu, maka satu usaha jitu perlu dilakukan bagi mencari kaedah bagi membolehkan WANG ZAKAT DILABURKAN demi maslahah umat Islam yang semakin mencabar atas dasar Istihsan.

Walaupun pandangan ulama ada yang tidak bersetuju wang zakat ini dilaburkan, ada juga pandangan ulama yang mengharuskan agar wang zakat ini dilaburkan. Pada pandangan sidang pembaca, wajarkah wang zakat ini dilaburkan? di mana keuntungan wang yang dilaburkan ini akan diberikan kepada asnaf2 dan bukan kepada institusi zakat itu sendiri kerana tugas institusi zakat hanya sebagai pemegang amanah sahaja. wassalam.




Thursday, 27 July 2017

MENGAUT KEUNTUNGAN ATAS PERBEZAAN HARGA MATA WANG (FOREX TRADING)

Muamalah Islam jelas menekankan konsep Jual Beli perlu mengikut Syariah kerana perkara ini telah diceritakan dalam Al-Quran di surah al-Baqarah yang berbunyi maksudnya "Allah menghalalkan Jual Beli dan mengharamkan Riba". Melalui urusan Jual Beli ini Islam telah menetapkan rukun Jual Beli bagi sebarang urusniaga agar ia selaras dengan kehendak Syariah. Rukun-rukun tersebut ialah :

1. Penjual
2. Pembeli
3. Barang Yang di jual beli
4. Tawaran
5. Penerimaan

Setiap rukun ini pula mempunyai syarat-syaratnya tersendiri. Sila rujuk buku Fiqh Waadilatuh-Yusuf Al-Qardhawi. Bagi rukun Barang yang dijual beli mestilah wujud semasa berlaku pertukaran dan ia mestilah barang yang sah serta pemilikan adalah sempurna.

FOREX atau lebih dikenali sebagai Pertukaran Wang Asing merupakan satu keperluan masa kini kerana dua tanpa sempadan memerlukan sesebuah negara berdagang (komoditi) dengan negara lain. Maka akan wujudlan istilah FOREX. Begitu juga dengan seserang yang belajar atau pergi melancong keluar negara perlu menukar wang asing untuk memudahkan urusan nanti. Contoh Ali menukar RM10,000= USD4000 untuk pergi ke US selama 5 hari. sekembalinya Ali ke tanah air selepas 5 hari wang beliau dalam bentuk USD masih berbaki USD1000. Isu:
1. jika Ali dalam tempoh tidak lebih 3 hari pergi ke kedai Money Changer dan menukar baki duit USD tadi dan mendapati beliau mendapat sedikit untuk daripada pertukaran tadi, maka ia dibenarkan kerana bukan niatnya untuk memanipulasi mata wang atas dasar perbezaan harga.
2. jika Ali dalam tempoh lebih 3 hari masih tidak pergi ke kedai Money Changer untuk menukar baki duit USD tadi kerana nilai semasa RM masih tinggi. Beliau nekad hanya akan menukar wang USD tadi sekiranya nilai RM jatuh berbanding USD kerana beliau akan mendapat untung daripada pertukaran tadi, maka ia HARAM dan tidak dibenarkan kerana  niatnya untuk memanipulasi mata wang atas dasar perbezaan harga.

Dalam Islam, wang tidak boleh mencipta wang sebaliknya wang merupakan alat pertukaran atau alat untuk mendapatkan komoditi.

Namun akhir-akhir ini ramai orang termasuk yang berlatarbelakangkan agama sanggup terlibat dalam FOREX TRADING kerana ia sangat menguntungkan. Walhal di dalam FOREX TRADING tadi terdapat banyak perkara yang bercanggah dengan muamalat Islam antaranya;
a. perbezaaan harga jual beli matawang akan menyebabkan wujud unsur riba
b. tiada komoditi yang dijual beli sebaliknya hanya wang diniagakan
c. berlakunya proses penangguhan bayaran jual beli mata wang menyebabkan wujudnya riba
d. wujudnya unsur diskriminasi satu pihak ke atas pihak lain
e. membuka ruang kepada para konvensional untuk spekulasi mata wang
f. lain-lain

Kewujudan Money Changer adalah harus untuk memberi servis pertukaran wang asing bagi kemudahan orang ramai melakukan perjalanan ataupun urusan ke luar negara. Maka kewujudan Money Changer ini dianggap sebagai maslahah (public interest) dalam sesebuah masyarakat atau penempatan untuk kemudahan orang ramai.

FOREX dan Saham adalah dua benda yang berbeza di mana di dalam Saham ada yang patuh Syariah dan ada yang tidak patuh Syariah. Berbanding FOREX TRADING tidak ada yang patuh syariah.

p/s; elak diri daripada menjadi agen SPEKULATOR MATA WANG kerana itu adalah agenda KAPITALIS sedangkan agenda EKONOMI ISLAM adalah memperjuangkan KEADILAN DAN KESAKSAMAAN SEJAGAT melalui kaedah EKONOMI KEBAJIKAN.