Sebagai
seorang Muslim yang berpegang kepada LIMA RUKUN ISLAM dan beriman dengan ENAM
RUKUN IMAN bagi membuktikan ketaqwaan kepada YANG MAKA AGONG maka kehidupan di
dunia ini dianggap sebagai tempat untuk bercucuk tanam demi menuai hasil di
negeri abadi nanti iaitu HARI AKHIRAT. Jesteru itu apa yang terpenting dalam
kehidupan manusia Islam adalam mencapai AL-FALAH (KEJAYAAAN &
KEBERUNTUNGAN).
AL-FALAH
boleh disimpulkan sebagai berikut:
AL-FALAH
= BAHAGIAN DUNIA + BAHAGIA AKHIRAT
BAHAGIA
DUNIA + BAHAGIA AKHIRAT= IMAN DAN TAQWA
MAKA;
AL-FALAH=IMAN
DAN TAQWA
Untuk mencapai
al-Falah ini terdapat 10 ciri berasaskan ayat-ayat Al-Quran yang perlu dihayati
dan amalkan antaranya:
i-kekhusyukkan
dalam melakukan sesuatu (berkualiti kerana Allah dan bukan untuk perhatian manusia
semata-mata
ii.
menunaikan zakat
iii.
mengerjakan solat
iv. menjaga
dan memelihara nafsu seks
v. jujur
dengan amanah yang diberikan
Mutakhir
ini dunia dikejutkan dengan sejenis penyakit COVID19 yang pada asalnya bermula
dari negara China yang kini telah menular ke bebrapa buah negara lain termasuk
negara Malaysia. Impaknya telah memberi kesan kepada ekonomi dan sosial
massyarakat Malaysia. Peningkatan kes COVID19 yang meningkat sedikit demi
sedikit walaupun pelbagai usaha gigih diusahakan oleh pihak KKM telah menimbulkan
kerisauan masyarakat. Untuk mengharapkan pihak KKM sahaja untuk membenteras
penyakit ini adalah tidak memadai. Masyarakat sekeliling wajib membantu pihak
KKM secara kolektif membenteras penyakit ini. Namun terdapat segelintir
masyarakat yang cuba mengambil peluang untuk TRAVEL ke luar negara rentetan
penurunan harga oleh pihak syarikat penerbangan kesan COVID19. Sebelum ini juga
terdapat farmasi yang cuba menjual topeng muka yang melebihi harga pasaran
kepada orang ramai untuk mengaut keuntungan dalam situasi tidak sekarang.
Hari ini
juga pasaraya dibeberapa tempat dikunjungi oleh orang ramai berbanding hari
biasa seolah-olah berlaku situasi “Pembelian Panik”.
Jika kita kaitkan situasi COVID19 dan Islamic
Theology, apakah pandangan kamu?

