Sunday, 25 September 2016

Jenis-Jenis Riba Dalam Muamalat Yang Perlu Dielakkan

 
RIBA AL-QARDHU
Contoh 





RIBA AL-JAHILIYYAHContoh al-Jahiliyyah
The creditor claims the loan amount from the debtor on the maturity date, however, the debtor is unable to pay and instead says “extend or prolong me the period, I will pay extra.” Each month the creditor collects the interest, but the principal amount remains the same… and so on if the debtor is still unable to pay.
This interest will be charged daily or monthly during the deferment until the loan is fully settled.

Monday, 15 August 2016

Pembiayaan Perumahan Islam Masa Kini

Memiliki kediaman sendiri merupakan impian setiap orang. Sebagai seorang Islam kita mesti berusaha memiliki kediaman sama ada melalui sewa, membeli atau daripada harta pusaka dan juga hibah daripada ahli keluarga dan sebagainya. Di dalam Islam terdapat 4 jenis kategori barang mengikut keutamaan iaitu barang dharuriyat (asasi dan keperluan), hajiyat, kamaliyat, tarafiyyah (membazir dan perlu dielakkan). Maka rumah, apartment, townhouse, kondo, banglo, teres dan sebagainya di anggap sebagai alat kediaman yang termasuk dalam barang dharuriyat. Sungguhpun demikian kediaman yang hendak dimiliki mestilah mengikut keutamaan pendapatan dan kewangan sesebuah keluarga.

Pada tahun 1983, hanya sebuah bank Islam sahaja yang wujud di Malaysia iaitu BIMB di mana produk perbankan Islam sangat terhad. Produk pembiayaan perumahan Islam antara produk terawal yang ditawarkan dengan menggunakan BBA dengan Kadar Asas Pembiayaan Tetap dan tinggi. Kini tahun 2016, terdapat 16 buah bank yang menawarkan produk pembiayaan perumahan Islam yang merangkumi dua jenis pembiayaan iaitu:
i. pembiayaan berasaskan ekuiti
ii. pembiayaan berasaskan hutang

Produk pembiayaan berasaskan hutang telang mengalami evolusi apabila beberapa instrumen shariah baharu diperkenalkan bermula 2004 hingga sekarang. Dahulunya pelanggan bank Islam hanya mempunyai 1 pilihan iaitu BBA atau bai' bithaman ajil, kini pelanggan boleh membuat pilihan untuk menggunakan instrumen lain sepeti istisna', murabahah, ijarah ataupun tawarruq. Bagi produk pembiayaan berasaskan ekuiti pula pelanggan kini juga boleh melanggan dengan memilih instrumen musharakah mutanaqisah bagi pembiayaan perumahan Islam.

Setiap instrumen pembiayaan perumahan Islam ini mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri di samping isu-isu yang sering menghimpit produk pembiayaan perumahan Islam. Jesteru itu sebagai pelanggan Islam, maka WAJIB ke atas kita untuk memilih pembiayaan perumahan berasaskan Islam bagi urusan pembelian rumah. Selain itu pelanggan juga perlu bijak memilih instrumen yang mampu memberi keselamatan jaminan kewangan sekiranya berlaku perubahan iklim ekonomi perubahan kadar pembiayaan  (dahulunya dikenali sebagai kadar asas pembiayaan).

Sejarah membuktikan kebanyakkan isu berkaitan masalah default payment oleh pembeli yang dibicarakan di mahkamah dimenangi oleh pihak bank disebabkan terma-terma S&P kurang memihak kepada pembeli. Wassalam

Tuesday, 12 July 2016

Pelancaran Buku Pelajar Cemerlang di Universiti Berasaskan Naqli dan Aqli di Syawal 2016



Syukur ke hadrat Allah SWT iaitu Tuhan Yang Esa di atas limpah dan perkenan-Nya dapat saya menyiapkan sebuah buku yang berjudul “Pelajar Cemerlang di Universiti Berasaskan Naqli dan Aqli”. Selawat dan salam ke atas junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W yang telah meninggalkan sunnahnya sebagai panduan hidup untuk seluruh umat Islam sejagat.



Pencapaian cemerlang akademik semata-mata tidak semestinya menjamin pelajar akan terus diterima ke pasaran kerja di Malaysia. Majikan pada hari ini sangat memilih untuk mengambil pekerja baharu. Pelbagai kriteria penting diletakkan oleh majikan bagi seseorang yang ingin bekerja. Dalam erti kata lain majikan pada hari ini mengharapkan pelajar yang ingin memasuki pekerjaan perlu memiliki lebih daripada prestasi cemerlang di dalam akademik.
Sehubungan dengan itu, buku ini telah mengupas keperluan kemahiran-kemahiran yang perlu wujud dalam diri pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Keperluan kemahiran-kemahiran yang dibincangkan dalam buku ini telah terbukti berjaya menghasilkan graduan yang cemerlang di peringkat universiti. Oleh itu buku ini amat sesuai dijadikan panduan, rujukan serta sumber pengetahuan khususnya bagi pelajar universiti di samping ahli akademik, guru dan sebagainya. Secara ringkasnya buku ini dibahagikan kepada tujuh bab yang merangkumi cemerlang menurut perspektif Islam, Rasulullah SAW ikon terhebat Kemahiran Insaniah, ayat al-Quran berkaitan kemahiran insaniah, petua kejayaan mahasiswa cemerlang, sifat-sifat kemahiran insaniah pelajar cemerlang, kategori pelajar-pelajar di universiti, aplikasi naqli dan aqli dalam kehidupan mahasiswa. Alhamdulillah..

Kepada yg berminat sila PM saya di talian 019-5838661 atau 019-2177877 bagi mendapatkan harga DISKAUN....
Buku ini amat sesuai dijadikan panduan, rujukan serta sumber pengetahuan khususnya bagi pelajar, ahli akademik, guru dan sebagainya. Secara ringkasnya buku ini dibahagikan kepada tujuh bab yang merangkumi cemerlang menurut perspektif Islam, Rasulullah SAW ikon terhebat Kemahiran Insaniah, ayat al-Quran berkaitan kemahiran insaniah, petua kejayaan mahasiswa cemerlang, sifat-sifat kemahiran insaniah pelajar cemerlang, kategori pelajar-pelajar di universiti, aplikasi naqli dan aqli dalam kehidupan mahasiswa.