Memiliki kediaman sendiri merupakan impian setiap orang. Sebagai seorang Islam kita mesti berusaha memiliki kediaman sama ada melalui sewa, membeli atau daripada harta pusaka dan juga hibah daripada ahli keluarga dan sebagainya. Di dalam Islam terdapat 4 jenis kategori barang mengikut keutamaan iaitu barang dharuriyat (asasi dan keperluan), hajiyat, kamaliyat, tarafiyyah (membazir dan perlu dielakkan). Maka rumah, apartment, townhouse, kondo, banglo, teres dan sebagainya di anggap sebagai alat kediaman yang termasuk dalam barang dharuriyat. Sungguhpun demikian kediaman yang hendak dimiliki mestilah mengikut keutamaan pendapatan dan kewangan sesebuah keluarga.
Pada tahun 1983, hanya sebuah bank Islam sahaja yang wujud di Malaysia iaitu BIMB di mana produk perbankan Islam sangat terhad. Produk pembiayaan perumahan Islam antara produk terawal yang ditawarkan dengan menggunakan BBA dengan Kadar Asas Pembiayaan Tetap dan tinggi. Kini tahun 2016, terdapat 16 buah bank yang menawarkan produk pembiayaan perumahan Islam yang merangkumi dua jenis pembiayaan iaitu:
i. pembiayaan berasaskan ekuiti
ii. pembiayaan berasaskan hutang
Produk pembiayaan berasaskan hutang telang mengalami evolusi apabila beberapa instrumen shariah baharu diperkenalkan bermula 2004 hingga sekarang. Dahulunya pelanggan bank Islam hanya mempunyai 1 pilihan iaitu BBA atau bai' bithaman ajil, kini pelanggan boleh membuat pilihan untuk menggunakan instrumen lain sepeti istisna', murabahah, ijarah ataupun tawarruq. Bagi produk pembiayaan berasaskan ekuiti pula pelanggan kini juga boleh melanggan dengan memilih instrumen musharakah mutanaqisah bagi pembiayaan perumahan Islam.
Setiap instrumen pembiayaan perumahan Islam ini mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri di samping isu-isu yang sering menghimpit produk pembiayaan perumahan Islam. Jesteru itu sebagai pelanggan Islam, maka WAJIB ke atas kita untuk memilih pembiayaan perumahan berasaskan Islam bagi urusan pembelian rumah. Selain itu pelanggan juga perlu bijak memilih instrumen yang mampu memberi keselamatan jaminan kewangan sekiranya berlaku perubahan iklim ekonomi perubahan kadar pembiayaan (dahulunya dikenali sebagai kadar asas pembiayaan).
Sejarah membuktikan kebanyakkan isu berkaitan masalah default payment oleh pembeli yang dibicarakan di mahkamah dimenangi oleh pihak bank disebabkan terma-terma S&P kurang memihak kepada pembeli. Wassalam
No comments:
Post a Comment