Thursday, 5 November 2026

Sejauh mana langkah kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM2,000 dan memperkenalkan kerangka gaji permulaan RM2,500 bagi graduan serta pekerja separa mahir mampu menjadi pemangkin motivasi dan produktiviti tenaga kerja nasional?

 

Saya melihat langkah kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM2k mulai Jun 2027 dan kerangka gaji permulaan RM2,500 bagi graduan serta pekerja separa mahir telah membuka satu lembaran berani dan tepat kerana ia telah membuka satu lembaran baru kepada pasaran kerja dan kualiti produktiviti kerja di Malaysia selaras dengan rancangan jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Peningkatan gaji ini bukan bersifat populis sebaliknya ia merupakan keperluan segera dalam pasaran kerja dan pelaksanaanya adalaha tepat memandangkan kadaar GDP Malaysia mutakhir ini sentiaasa menunjukkan keadaan yang sangat baik dan konsisten di samping kadar inflasi yg terkawal iaitu sekitar bawah 2.5%. Justeru itu dengan langkah reformasi gaji minimum baharu ini dijangka akan memberikan satu kelegaan dan motivasi serta keyakinan kepada para pekerja dan graduan bagi mereka merancang dan menguruskan pendapatan untuk kehidupan secara lebih sejahtera walaupun pasaran masih dibelengu dengan kenaikan kos sara hidup. Secara tidak langsung ini akan memberi kelegaan dan meransangkan kualiti produktiviti kerja dalam pasaran dan membantu meningkatkan jumlah pengeluaran dan perkhidmatan terbaik kepad majikan masing- masing. Para pekerja dan graduan tidak lagi menjadi merasa gusar tentang kos sara hidup yang semakin meningkat di masa hadapan kerana dengan kerangka gaji minimum yang baharu membolehkan mereka hidup secara berkualiti termasuk berupayaan membeli barangan dan keperluan serta perkhidmatan yang diperlukan. Peningkatan gaji ini akan menyebabkan jumlah pendapatan isi rumah akan mula berub

ah dan mengalami kenaikan berbanding sebelum ini. Dalam erti kata lain para pekerja mula mempunyai lebihan pendapatan dan kuasa membeli juga semakin bertambah. Oleh itu lebihan pendapatan ini akan digunakan oleh mereka untuk mendapatkan lebih banyak barangan keperluan dan perkhidmatan atau meningkatkan lagi kualiti barangan keperluan hidup berbanding sebelum ini dan menghindari mereka daripada terpaksa terbeban dengan lambakan hutang atau bekerja tambahan untuk mencari pendapatan tambahan. Dengan itu ini akan melahirkan kualiti kesejahteraan hidup pekerja yang lebih baik dan mampu menjalani kehidupan tanpa beban kewangan yang melampau. Hasilnya ini akan menyerlahkan produktiviti pekerja dalam peekrjaan masing-masing. Dalam erti kata lain kenaikan kos sara hidup akan berjaya dikawal oleh pekerja dengan peningkatan gaji ini dengan syarat sikap pekerja itu yang tidak membelanjakan lebihan pendapatan kepada barangan yang bersifat kehendak semata-mata dan sebaliknya mestilah barangan bersifat keperluan dahulu.

Saya juga melihat pakej ini mampu meningkatkan dan menambahkan lagi pendapatan bersih serta kebajikan pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing sekiranya golongan ini bijak memanfaatkanya secara berhemah di mana dijangka  pendapatan bersih pemandu e hailing akan meningkat sehingga RM227 sebulan manakala penghantar p-hailing meningkat sehingga RM100. Ini sangat memberikan kelegaan kepada para pekerja yang terlibat dalam industry GIG ini kerana bantuan pakej ini akan turut meningkatkan kuasa beli mereka secara konsisten sepanjang pakej ini dilaksanakan. Justeru ini ini akan mengurangkan beban komitmen perbelanjaan mereka dan mungkin ini juga boleh dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang para pekerja GIG dengan menjadikan peruntukan pakej ini sebagai laluan untuk memperoleh medical card bagi meringankan beban kewangan sekiranya diuji dengan masalah kesihatan kerana pekerja GIG sentiasa terdedah dengan risiko kemalangan dan kesihatan. Ini juga salah satu bentuk pelaburan yang bijak sebenarnya dengan mengoptimumkan manfaat bantuan pakej ini dalam bentuk manfaat pampasan kesihatan para pekerja GIG dalam jangka masa panjang.

Insentif padanan caruman PERKESO dan KWSP mampu memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja gig kerana komitmen dan rasa tangungjawab oleh majikan dan negara terhadap pekerja GIG menjadikan para pekerja sektor GIG turut terlibat dalam agenda pemacuan ekonomi negara secara langsung. Ini menjadikan pekerja sektor GIG tidak lagi dipinggirkan dalam ekonomi sebaliknya pekerjaan GIG diktiraf dan mendapat tempat di pasaran Malaysia serta mampu menjamin peluang pekerjaan yang menghasilkan pendapatan yang tinggi jika dilakukan secara bersungguh-sungguh. Selain itu nasib mereka juga terpelihara serta terlindung serta lebih terjamin dengan insentif padanan caruman pakej ini apabila kadar dianikkan kepada 50% yg akhirnya wujudnya permintaan pekerjaan yang tinggi dalam sektor GIG ini kerana perlindungan jangka masa panjang mereka kini semakin terpelihara.

MFi@chegar


No comments:

Post a Comment