Wednesday, 30 September 2026

NASIB PESAWAH SENTIASA TIDAK BERNASIB BAIK AKIBAT MANIPULASI PASARAN YANG DI DOMINASI OLEH KARTEL 'BERAS'

 ‘Pertanian adalah perniagaan’ tapi MUNGKIN tidak bagi petani yg buat ‘bendang’. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang kerana hasil tuaian tidak setimpal dengan kudrat mereka.

Majoriti pesawah adalah Islam dan Melayu manakala negeri Kedah menjadi penyumbang terbesar kepada keluaran padi negara. Maka tidak hairan di negeri Kedah ramai golongan miskin terdiri dari golongan pesawah padi.

Benih padi, beli racun, beli baja, upah mesin padi, upah ‘trektar’ upah lori semakin mahal tapi potongan jual padi semakin tinggi iaitu minimum 20% dari hasil jualan oleh pengilang. ‘Tolak pi tolak mai tak dak pa’ kata org Kedah. Yang untung puak Kabilah Kilang dari dulu, kini dan selamanya. Dah la belemuih, panas lit lit, letih tapi hasil Rm1500 satu tan + rm500 subsidi utk pesawah.
Tuai padi setahun 2 kali. Kalau sekali tuaian dpt RM5000 x 2 kali setahun = RM10,000 bahagi pula 12 bulan, agak2 la berapa pendapatan bulanan pesawah sebulan? Tolak semua kos tetap dan kos berubah, berapa NET INCOME pesawah? Adakah pesawah malas disebabkan data kemiskinan yang begitu tinggi? Jawapanya pesawah tidak malas malah mereka lebih rajin dari masyarakat yang hidup di bandar TETAPI apakan daya sistem pasaran padi di Malaysia telah merobek pendapatan mereka setelah sekian lama tanpa rasa simpati dan ehsan.
DALAM ERTI KATA LAIN PESAWAH BUAT PADI BUKAN NAK KAYA TAPI demi lelangsungan hidup mereka. Pesawah bukan mengejar kemewahan tetapi mereka berusaha memberikan rakyat Malaysia untuk

makan dan boleh hidup sejahtera. Besarnya pengorbanan pesawah di Malaysia. Mereka ibarat LILIN YANG MEMBAKAR DIRI SENDIRI untuk menerangi sekeliling.
Benarlah hidup ni keras. Bagaimana 10 tahun akan datang? Adakah pesawah terdiri orang tempatan mendominasi bendang atau orang asing? Adakah tanah bendang akan semakin pupus menjadi tanah komersil dek kerana RETURN untuk pesawah terlalu sedikit berbanding dengan KUDRRAT yg diberikan dan akhirnya meNOHTAHKAN TIADA LAGi anak muda tempatan berminat dalam sektor ini.

MFi@chegar

No comments:

Post a Comment