Wednesday 9 December 2020

IMPAK PASCA COVID19 KEPADA PENIAGA KECIL


 https://www.sinarharian.com.my/article/113943/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Hampir-setahun-Covid-19-melanda









25 comments:

  1. Mohamad yasir bin yazid 1190800
    Kme3
    Assalamualaikum
    Seperti kita tahu gejala covid ini terlah berlaku selama setahun. Amat sedih dan simpati kepada peninaga runcin yg terjejas. Kerana mereka terpaksa tutup perniagaan mereka. Oleh itu saya sgt bersetuju dgn usaha kerajaan dlm membantu perniagan kecil ini seperti melonggarkan sop dan memberi pernigaan berjalan seperti biasa. Di samping itu, kerajaan juga memeberi sedikit bantuan kepada kepada mereka seperti i-sinar.Akhir sekali marilah berdoa agar penyakit ini dpt diangkat oleh allah swt.

    ReplyDelete
  2. Muhammad Firdaus bin Shaifudin 1190863
    Kme3

    Assalamualaikum, saya bersetuju dengan kenyataan diatas, covid-19 sememangnya memberikan impak yang besar kepada negara khususnya peniaga kecil. Saya sendiri menjalankan perniagaan kecil dan me rasai situasi itu. 3 bulan pertama covid-19 menular ke never a kita ibarat tidak tahu apa perlu dibuat. Alhamdulillah, saya bersetuju dengan kenyataan 'peniaga perlu mahir dengan kemahiran digital'. Asbab covid-19 ini jugalah ramai peniaga kecil mula belajar untuk menguasai kemahiran digital sebagai contoh kemah Iran berniaga di shopee, lazada dan sebagainya. Akhir kata, marilah kita sama-sama membantu antara satu sama lain dengan memberikan sokongan semampu mungkin dan berdoa agar wabak ini lenyap di muka bumi ini.

    ReplyDelete
  3. Muhammad Arif bin Malek 1190801
    Kme 3

    Assalamualaikum, seperti yang kita tahu, wabak covid-19 ini mula menular di negara ini pada tahun 2020. Covid-19 telah banyak memberikan kesan terhadap negara ini terutamanya sektor ekonomi. Peniaga peniaga amatlah terjejas kerana tidak dapat berniaga seperti dahulu dan perlu patuhi SOP. Hal ini menyebabkan banyak peniaga kecil terpaksa menghentikan perniagaan. Sya juga bersetuju bahawa peniaga peniaga ini perlu belajar dengan lebih mendalam tentang perniagaan di laman sosial seperti Whatsapp, Instagram, Twitter dan pelbagai lagi. Hal ini membolehkan mereka untuk meluaskan lagi perniagaan mereka dan meneruskan perniagaan mereka untuk menyara diri dan keluarga mereke. Akhir sekali, marilah bersama-sama berusaha untuk menghentikan wabak penyakit ini.

    ReplyDelete
  4. Muhammad Nor Adnin Bin Zunaidi 1190865

    Pada satu sudut pandang, kita dapat lihat betapa covid 19 telah berjaya melatih ramai diantara rakyat Malaysia untuk berfikiran dengan lebih matang dan membina. Daripada menurut emosi dan perasaan yang tidak stabil, tidak terhasil sesuatu yang baik melainkan buruk sangka terhadap ujian yang ditimpa pada kita ini. Andai dilihat pada sisi positif, lalu diambil hikmah daripada kejadian ini, maka dapatlah kita menjadi seperti golongan minoriti daripada kalangan pihak peniaga kecil yang akhirnya berjaya meneruskan perniagaan mereka dengan memaksa dan melatih diri mereka untuk mendalami kemahiran digital. Bahkan hal ini sebenarnya membuka mata kita, bahawa kemahiran digital amat penting, bahkan memudahkan kita dalam pelbagai hal keadaan, bukan sahaja perniagaan, bahkan dalam penyampaian ilmu. Kini kita dapat lihat betapa banyak pengajian yang dijalankan secara atas talian, hal ini berjaya menghubungkan seorang penuntut ilmu dan para masyaikh yang duduk berjauhan, maka ini merupakan peluang yang amat baik. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa tetap ada kekurangan padanya.

    ReplyDelete
  5. Nur Ain Hafizah Binti Abdul Halim
    119088l

    Assalamualaikum.. Ya saya bersetuju bahawa banyak peniaga yang terjejas. Contoh yang paling dekat ayah saya,ayah saya sudah tidak berniaga lagi sejak Mac tahun lalu akibat pandamic ini. Kami bukan sahaja perlu belajar cara menghadapi norma baharu tapi kami juga perlu belajar bagaimana hidup susah kata ayah.

    ReplyDelete
  6. Nur Syafiqah Adila Bt Mohd Asari 1190890

    Assalamualaikum,saya sangat bersetuju dengan kenyataan di atas bahawa Covid-19 menyebabkan peniaga dan penjaja termasuk golongan yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan terjejas teruk dan ada yang terpaksa menutup perniagaan.Saya juga menyokong bahawa peniaga perlu mahir dalam ilmu digital.Ini kerana,peniaga dapat berniaga di media sosial seperti shopee,lazada,instagram dan facebook supaya dapat menjamin pendapatan semasa covid-19.Akhir sekali,kita perlu belajar dan berusaha dalam menghadapi norma baharu ini.

    ReplyDelete
  7. Hazwani Najiha binti Haris Fazillah 1190892

    Assalamualaikum, saya setuju bahawa covid 19 ini menjejaskan peniaga malah peniaga yang mempunyai modal besar pun turut terjejas sama. Golongan peniaga dan penjaja kecil-kecilan paling terjejas kerana sumber pendapatan mereka adalah hasil daripada perniagaan mereka tetapi perlu ditutup atas sebab covid 19. Walaubagaimanapun, peniaga-peniaga kecil mula belajar dunia teknologi iaitu media sosial untuk memperkembangkan perniagaan supaya dapat menjamin pendapatan mereka. Zaman sekarang, kemahiran digital sangat penting kerana majoriti pengguna atau pembeli akan mencari di media sosial. Jadi, kita perlu belajar mengaplikasikan ilmu digital dan normalisasikan kehidupan baru ketika pandemik Covid-19.

    ReplyDelete
  8. Abdul Aziz b Abdullah 1190799

    Assalammualaikum, merujuk kepada kenyataan yg dinyatakan di mana ramai peniaga kecil-kecilan terjejas akibat pandemik covid-19. Terdapat beberapa perintah kawalan atau sop dasarnya perlu dipatuhi agar penularan wabak dapat disekat. Oleh yg demikian, secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada penjaja kecil-kecilan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang ini. Perlanggan mereka semakin berkurang dari hari ke hari. Perniagaan secara fizikal semakin tidak mendapat sambutan sehingga memaksa mereka untuk menggunakan pelbagai aternatif lain. Pada kenyataan di atas, saya setuju bahawa mereka iaitu peniaga kecil-kecilan amat rugi jika tidak mahir dengan it dan media massa skrg seperti whatsapp, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Banyak kelebihan yg boleh didapati dan dimanfaatkan seperti boleh mendapatkan dan memperiklankan produk jualan keseluruh Malaysia. Seterusnya, boleh menggunakan kemudahan pengeposan oleh Pos Laju, Jnt Express dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, secara perlahan-lahan kitaran ekonomi dapat dipulihkan semula. Akhir kata, saya berharap kita semua terus bersabar dan bertahan dalam mencapai kemakmuran dan kesejahteraan dari pandemik ini yang telah setahun bertapak di negara kita ini.

    ReplyDelete
  9. Noreen Dania Amiera
    1190794
    KME4

    Saya bersetuju dengan padangan tersebut mengenai peniaga-peniaga kecil yang terjejas akibat covid-19 ini. Lebih-lebih lagi apabila hasil jualan mereka hanya didapati dengan berniaga secara langsung kepada pelanggan seperti gerai-gerai kecil. Semasa covid-19 melanda pada tahun 2020, semua perniagaan tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa untuk mengawal pandemik ini dari terus berleluasa. Masa berniaga juga dipendekkan dan pelanggan boleh membeli secara pandu lalu sahaja. Akibat dari pandemik ini, banyak peniaga mula memasarkan barang jualan mereka di media sosial dan ternyata lebih berkesan. Oleh itu, peniaga perlulah belajar untuk menggunakan alternatif lain untuk memasarkan produk mereka. Dengan cara ini, peniaga dapat memasarkan barangan secara meluas dan ekonomi dapat dipulihkan sedikit demi sedikit seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  10. muhammad solihin bin saludin(1190844) kme4

    Pada kenyataan di atas, saya setuju bahawa mereka iaitu peniaga kecil-kecilan amat rugi jika tidak mahir dengan it dan media massa skrg seperti whatsapp, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Banyak kelebihan yg boleh didapati dan dimanfaatkan seperti boleh mendapatkan dan memperiklankan produk jualan keseluruh Malaysia. Seterusnya, boleh menggunakan kemudahan pengeposan oleh Pos Laju, Jnt Express dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, secara perlahan-lahan kitaran ekonomi dapat dipulihkan semula. Akhir kata, saya berharap kita semua terus bersabar dan bertahan dalam mencapai kemakmuran dan kesejahteraan dari pandemik ini yang telah setahun bertapak di negara kita ini.

    ReplyDelete
  11. muhammad solihin bin saludin(1190844) kme4

    Pada kenyataan di atas, saya setuju bahawa mereka iaitu peniaga kecil-kecilan amat rugi jika tidak mahir dengan it dan media massa skrg seperti whatsapp, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Banyak kelebihan yg boleh didapati dan dimanfaatkan seperti boleh mendapatkan dan memperiklankan produk jualan keseluruh Malaysia. Seterusnya, boleh menggunakan kemudahan pengeposan oleh Pos Laju, Jnt Express dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, secara perlahan-lahan kitaran ekonomi dapat dipulihkan semula. Akhir kata, saya berharap kita semua terus bersabar dan bertahan dalam mencapai kemakmuran dan kesejahteraan dari pandemik ini yang telah setahun bertapak di negara kita ini.

    ReplyDelete
  12. Siti norjannah binti mohd zahari (1190874 kme4)

    Impak ini dapat dilihat jelas terhadap golongan b40, yang mana, mereka perlu membuat lebih dari satu kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ini kerana, terdapat segelintir daripada mereka terpaksa dibuang kerja kerana pihak pengurusan kerja tidak mampu menampung kos semasa pandemik ini berlaku. Namun, setelah pelaksanaan program PENJANA dan BPN, ramai dari golongan ini dapat meneruskan kehidupan dengan menceburi bidang perniagaan bermodalkan duit yang diberi oleh pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  13. Pada pendapat peribadi saya, COVID 19 merupakan ujian yang Allah SWT berikan kepada hambaNya. Setiap orang menerima impak yang berbeza-beza,namun kita sebagai manusia perlu menerima ujian ini dan berusaha mencari penyelesaian dan bukannya merungut serta menyalahkan ketentuan Ilahi. Sebagai contoh, ada peniaga yang berusaha mencari rezeki dengan cara baharu, iaitu memanfaat teknologi dan penggunaan digital yang mampu memberi manfaat kepada mereka sendiri. Usaha ini perlu dicontohi masyarakat kita. Oleh itu, kita sebagai manusia perlu tabah dan kuat serta perlu berusaha untuk meneruskan kehidupan walaupun dengan norma baharu dan bukannya hanya duduk merenung nasib semata-mata. Terima kasih.


    Zawani Zahirah binti Zool Nasri
    1190872
    KME4

    ReplyDelete
  14. ABIER BINTI ZAINOL AZLAN
    1190805
    KME4

    Ya saya sangat bersetuju bahawa banyak peniaga di Malaysia yang terjejas dan terpaksa menutup gerai mereka kerana tidak mampu untuk membayar sewa dan lain-lain. Oleh itu, ramai peniaga kecil menggunakan alternatif lain untuk memasarkan produk mereka seperti berjual secara online samaada di instagram, twitter mahupun di shoppe. Semoga mereka dapat mengstabilkan ekonomi mereka dengan baik.

    ReplyDelete
  15. Nurshakirah Binti Mohamad Noor
    1190864
    KME4

    Pada pendapat saya, penguasaan ilmu digital amat penting bagi peniaga-peniaga kecil yang terkesan dari wabak covid-19 ini. hal ini kerana, selari dengan prosedur operasi standar (SOP) dan norma baharu yang tidak menggalakkan rakyat keluar rumah, mereka memilih untuk membeli keperluan melalui dalam talian. oleh itu, peniaga kecil perlu merebut peluang ini untuk memperkukuhkan perniagaan sedia ada sekali gus dapat memastikan kelangsungan pendapatan mereka. pada masa yang sama, peniaga kecil juga perlu meneroka inisiatif dan strategi untuk memasarkan dan mengembangkan perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  16. Tidak dinafikan lagi bahawa kesemua golongan di Malaysia terjejas dengan pandemik ini termasuklah peniaga. Peniaga secara kecil-kecilan paling merasai impak akibat pandemik Covid-19 ini. Mereka tidak boleh berniaga seperti biasa kerana SOP yang telah dikeluarkan kerajaan membantutkan aktiviti perniagaan mereka. Terdapat banyak peniaga kecil yang terjejas teruk dan ada yang terpaksa juga menggulung tikar perniagaan. Pada pendapat saya, peniaga-peniaga kecil ini perlu mencari alternatif untuk mengembangkan penjualan mereka walaupun pandemik melanda supaya kehidupan dapat diteruskan. Antara alternatif yang boleh dilakukan oleh peniaga kecil ini adalah mempromosikan barangan jualan mereka di laman sosial kerana pada masa kini semuanya berada di hujung jari sahaja. Terdapat banyak e-platform yang ada untuk mereka mengembang dan memperkukuhkan perniagaan seperti Shopee, Lazada, malah mereka juga boleh mempromosikan melalui Whatsapp atau Instagram. Mereka perlu bertindak kreatif dalam menghadapi masalah ini dan mengambil peluang ini untuk mempelajari kemahiran pemasaran digital agar kelangsungan hidup dapat diteruskan.

    Nurul Iman Bt Shamsul Kamal
    1190859
    KME4

    ReplyDelete
  17. Aina Syuhada Binti Affendi (1190826)
    KME4

    Pada pandangan saya, tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar untuk seluruh dunia termasuk Malaysia. Kehadiran Covid-19 merupakan ancaman besar yang telah menyebabkan kelumpuhan ekonomi dunia. Kesan yang lebih ketara terhadap ekonomi negara berlaku apabila PKP mula diperkenalkan. Perlaksanaan PKP telah menyebabkan sektor ekonomi negara lumpuh seketika dan banyak industri dan perniagaan turut menerima kesan. Usahawan juga turut menerima tempias apabila perniagaan mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa. Para usahawan harus berubah dan menggunakan sepenuhnya transfomasi pendigitalan terhadap perniagaan mereka kerana ia dapat meningkatkan jualan serta mengurangkan kos operasi.

    ReplyDelete
  18. WAN HUSNA BINTI WAN AB RAHMAN
    1190850
    KME 4

    Pada pendapat saya, sebagai seorang peniaga perlu kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi tambah-tambah lagi apabila munculnya pandemik Covid 19 yang semakin merumitkan keadaan. Walaupun hampir setahun pandemik ini telah muncul, rakyat diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan terutamanya kepada peniaga seperti pejaja atau peniaga pasar malam. Inisiatif yang diambil oleh peniaga-peniaga untuk berniaga secara atas talian sangat bagus kerana ia dapat membantu mengurangkan kadar kes di negara ini serta dapat membantu menambahkan pendapatan mereka.

    ReplyDelete
  19. NOOR HIDAYU NABILA BT REZI (1190845)
    KME4

    Sekarang sudah genap setahun pandemik Covid -19 ini berlaku, ketika masa tersebut ramai rakyat yang terjejas terutamanya golongan peniaga peniaga kecil . Disebabkan pandemik ini, mereka kehilangan sumber pendapatan yang merupakan cara mereka untuk untuk meneruskan hidup. Namun demikian, dengan adanya teknologi yang berkembang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka hanya menggunakan laman sosial seperti whatsapps, Facebook, Instagram dan lain lain untuk menjalankan perniagaan mereka. Bagi pendapat saya, cara ini dapat memudahkan mereka kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk keluar dan hanya berniaga dari rumah sahaja. Tambahan pula, dengan adanya servis penghantaran ke rumah seperti Food Panda, Grab food dan sebagainya jugan memudahkan lagi perniagaan mereka. Dapat kita lihat sekarang, Perniagaan dalam talian disambut amat baik oleh rakyat. Jadi, peniaga -peniaga kecilan juga boleh menjalankan perniagaan mereka serta mencari sumber pendapatan melalui laman sosial.

    ReplyDelete
  20. Covid19 telah memberi kesan yang amat mendalam kepada peniaga-peniaga kecil dan juga kepada yang bekerja sendiri. Malah ada perniagaan yang terpaksa ditutup kerana tidak dapat menampung perbelanjaan yang mereka harus biayai sedangkan mereka tidak menjana hasil jualan atau hasil jualan minima terutama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan bermula Mac 2020. Namun, wabak yang melanda ini telah membuka mata peniaga bahawa ada cara lain mereka dapat lakukan untuk menjana pendapatan iaitu melalui 'online platform' seperti mempromosikan perniagaan di media sosial. Menggunakan platform ini, peniaga perlu lebih kreatif dan menguasai kemahiran digital supaya mereka dapat bersaing dengan peniaga lain yang turut mula menggunakan platform ini untuk mempromosikan perniagaan mereka.

    Habibah Az-zahra binti Anuwar, 1190847
    KME4

    ReplyDelete
  21. Covid-19 telah memberi kesan yang amat besar kepada seluruh dunia terutamanya dalam bidang kewangan. Boleh dikatakan hampir keseluruhan perniagaan terpaksa ditutup ketika perintah kawalan pergerakan fasa 1 dijalankan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Disebabkan ini banyak golongan yang terjejas dari segi sumber pendapatan, akibat kehilangan pekerjaan. Kerajaan Malaysia berusaha dalam membantu rakyat yang terjejas dengan memberi Bantuan Prihatin Nasional secara berperingkat.

    Fatin Nurjeh bt Shafie (1190825)
    KME 2

    ReplyDelete
  22. Nor Izni Bazilah binti Mohd Zain (1190876)
    KME2
    Disebabkan Covid-19, ramai masyarakat telah kehilangan pekerjaan malah terdapat perniagaan yang terpaksa dihentikan kerana tidak mampu untuk membayar kos yang tinggi walaupun perniagaan tidak dapat beroperasi. Oleh itu, masyarakat terpaksa menjalankan pelbagai perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kos hidup. Contohnya, mereka menjalankan perniagaan secara atas talian seperti di shopee, lazada dan sebagainya. Malah, ada juga yang berniaga makanan dan dihantar terus ke rumah atau secara pos dan terdapat ramai yang membuat servis penghantaran makanan atau barang keperluan seperti Grab Food, Food Panda dan lain-lain. Oleh itu, peniaga kecil dapat menampung kos hidup mereka seterusnya dapat membantu memulihkan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  23. Nur Atirah Binti Mohd Kassim 1193139(KME2)

    Saya bersetuju dengan kenyataan "Covid-19 menyebabkan peniaga dan penjaja termasuk golongan yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan terjejas teruk akibat terpaksa menutup perniagaan". Saya dapat melihat sendiri perniagaan bersaiz sederhana juga terpaksa ditutup disebabkan oleh kekurangan pelanggan dan tidak mampu membayar gaji pekerja. Hal ini menunjukkan penyakit Covid-19 ini adalah salah satu masalah terbesar. Namun, saya juga dapat melihat terdapat golongan peniaga yang baru memulakan perniagaan mereka di zaman Covid-19 ini yang berjaya. Seperti Kita tahu,ciri-ciri usahawan berjaya adalah kreatif, inovatif,proaktif, tidak mudah berputus asa dan bijak menyelesaikan masalah. Peniaga harus bijak dalam mencari peluang dalam masalah yang berlaku. Mereka tidak boleh cepat berputus asa malah mereka harus pantas memikirkan langkah untuk diambil supaya perniagaan mereka dapat bertahan. Mereka perlu berfikiran terbuka dan cekap dalam mengikuti perkembangan teknologi semasa. Oleh hal yang demikian, sekiranya peniaga sudah berusaha bersungguh-sungguh dalam memajukan perniagaan mereka tetapi masih tidak mendapat sokongan daripada pelanggan. Masalah ini masih tidak dapat diatasi jua.Jadi, saya mencadangkan agar kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong peniaga Malaysia. Kualiti produk Malaysia juga tidak kurang hebatnya malah lebih baik. Sekiranya kita tidak membantu mereka, siapa lagi yang akan membantu?

    ReplyDelete
  24. 1190902
    KME2

    Saya amat bersetuju bahawa covid-19 banyak memberikan tekanan kepada peniaga-peniaga kecil ini. Dengan keadaan covid-19 yang mudah merebak, peniaga ii hilang pelanggan kerana masyarakat tidak selalu keluar disebabkan SOP yang ketat. Dan saya juga merasakan benar bahawa perana n media sosial ini penting untuk memajukan bisnes peniaga peniaga kecil ini pada musim pamndemik. Hal ini kerana, melalui media sosial, peniaga dapat memasarkan produk mereka, malahan pula dengan kuasa 'viral', sudah tentu madalah dapat diselesaikan

    ReplyDelete
  25. 1190836

    Saya bersetuju dengan statement di atas bahawa covid- 19 membawa impak yang besar kepada peniaga² kecil. Walaupun vaksin telah ditemui, namun bilangan kes kebelakangan ini meningkat yang menyebabkan ramai pihak kehilangan sumber rezeki. Tidak terkecuali, ayah saya sendiri mengusahakan dari segi perlancongan terjejas teruk hampir setahu setengah disebabkan wabak ini. Meskipun ada beberapa bantuan kerajaan yang disediakan, namun jumlah tersebut bukanlah cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga seperti biasa.Semoga semua ini cepat berakhir dan keadaan seperti sediakala amin.

    1190836
    KME2

    ReplyDelete