Konvensyen ini telah dirasmikan oleh KP JAKIM yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Hj Zainal. Turut hadir Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof Dr. Zulkepli.Hasil daripada konvensyen kebangsaan ini, satu resolusi terlah dibuat iaitu usahawan Muslim perlu mempunyai prinsip-prinsip dan etika Islam dalam berniaga serta meletakkan objektif job creater untuk masyarakat sebagai matlamat utama mereka dan bukan job seeker.
Saturday, 21 November 2015
KONVENSYEN KEBANGSAAN KEUSAHAWANAN ISLAM NCIE 2015
Alhamdulillah, pada 17 hingga 19 November di Dewan Dato Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi telah berlangsung Konvensyen Kebangsaan Keusahawanan Islam 2015 (NCiE). Konvensyen ini julung-julung kalinya diadakan di ILIM. Konvensyen ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar ICEPS 11 dengan kerjasama ILIM dan MAIWP serta PPZ.
Sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan sepanjang 3 hari program. Konvensyen ini berjaya menarik pembentang-pembentang yang terdiri daripada usahawan muda Islam, ahli akademik, warga pendidik, usahawan Muslim, institusi-institusi agama dan juga ramai lagi. Bertemakan Ukhrawi dan Duniawi; Revolusi Usahawan Muslim, beberapa tokoh agama turut hadir membentangkan kertas kerja yang berkisar keusahawanan Islam antaranya Pengerusi Baitulmal Wilayah Persekutuan, Pengerusi Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM dan beberapa lagi tokoh lain.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh KP JAKIM yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Hj Zainal. Turut hadir Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof Dr. Zulkepli.Hasil daripada konvensyen kebangsaan ini, satu resolusi terlah dibuat iaitu usahawan Muslim perlu mempunyai prinsip-prinsip dan etika Islam dalam berniaga serta meletakkan objektif job creater untuk masyarakat sebagai matlamat utama mereka dan bukan job seeker.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh KP JAKIM yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Hj Zainal. Turut hadir Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof Dr. Zulkepli.Hasil daripada konvensyen kebangsaan ini, satu resolusi terlah dibuat iaitu usahawan Muslim perlu mempunyai prinsip-prinsip dan etika Islam dalam berniaga serta meletakkan objektif job creater untuk masyarakat sebagai matlamat utama mereka dan bukan job seeker.
Thursday, 15 October 2015
NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PERINTIS USAHAWAN MUSLIM HEBAT DAN BERJAYA-mkm
Sejarah keusahawanan Islam bermula semenjak Nabi
Muhammad di usia muda lagi. Ketika itu, Baginda bekerja sebagai pengembala
kambing. Setelah dewasa baginda menjadi saudagar dan dilantik oleh Saidatina Siti
Khadijah selaku rakan konsinya. Sewaktu itu
umur Baginda berusia lingkungan 24 tahun. Kepercayaan Siti Khadijah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. terbukti setelah mendapati Nabi s.a.w. mempunyai pengalaman di
dalam bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun lagi.
Sewaktu datuk Nabi s.a.w., Abdul Mutalib meninggal
dunia, Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib (bapa kepada
Saidina Ali). Abu Talib ialah seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan yang
terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Beliau telah melatih Nabi s.a.w. di dalam
bidang perniagaan,
membawa ke Syria,
Iraq
dan lain-lain negara di Timur Tengah.
Kepandaian dan kehebatan Nabi s.a.w. dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan telah menyebabkan beberapa orang bapa saudaranya yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat jahiliah seperti Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa orang lagi ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga Bani Hashim telah bermesyuarat dan memutuskan menawarkan modal kepada Nabi s.a.w.

Apabila tawaran itu dikemukakan, Baginda menolaknya,
kerana tawaran itu mempunyai motif eksploitasi terhadap Baginda dan
mensyaratkan Nabi s.a.w. mengakui berhala Latta dan Uzza sebagai tuhan.
Penolakan itu dilakukan kerana Nabi s.a.w. tidak mahu diperalatkan oleh para
korporat feudalis untuk keuntungan peribadi mereka.
Berbeza dengan Siti Khadijah
yang telah memberi kebebasan kepada Baginda menguruskan perniagaan tanpa
syarat. Nabi s.a.w. menerima tawaran itu kerana sifatnya selaku seorang yang
jujur dan mempunyai tanggungjawab kemanusiaan. Lantaran kejujuran Baginda
dengan dasar kemanusiaan itulah akhirnya Baginda terkenal bukan sahaja di Mekah
dan semenanjung tanah Arab, bahkan di peringkat antarabangsa selaku tokoh
korporat 'al-Amin' (yang dipercayai).
Justeru itulah nama, keturunan
dan peribadi Baginda terkenal sehingga mendapat gelaran dan bintang selaku 'al-Amin'
iaitu orang berwatak aman dan menyenangkan semua pihak. Setelah dilantik
sebagai Rasul, lalu menjadi mudahlah masyarakat dunia menerimanya dan mengakui
kebenaran yang dibawa. Demikianlah antara hikmah sebagai Rasul dan pemimpin.
Oleh itu jelas bagi penulis
bagaimana pemasaran secara Islam iaitu ‘al-Amin’ ataupun kebolehpercayaan telah
menjadikan Rasulullah terkenal dan berjaya sebagai ikon usahawan Muslim dunia
sehingga hari ini. Sesungguhnya matlamat perniagaan di dalam Islam ialah mencari al-falah dan juga barakah melalui peranan usahawan Muslim sebagai khalifah sebenar menurut kaca mata Islam.
Friday, 9 October 2015
Thursday, 8 October 2015
Tuesday, 6 October 2015
PENUBUHAN LEMBAGA ZAKAT NEGARA : REALITI ATAU SEBALIKNYA
Pada 6 hb Oktober 2015 penulis telah menghadiri Seminar Zakat Kebangsaan yang berlangsung di universiti Malaysia. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh CEO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Peserta yang hadir pada seminar tersebut terdiri daripada ahli akademik, pelajar, pegawai kakitangan agama Islam seluruh negera dan juga ahli industri.
Satu persoalan timbul semasa seminar itu berlangsung iaitu kenapakah penubuhan Lembaga Zakat Negara masih lagi tidak berjaya dilaksanakan. Menurut CEO MAIWP iaitu Datuk Zainal, penubuhan Lembaga Zakat Negara ini telah dibincangkan secara terperinci dikalangan institusi zakat negeri. Hasil perbincangan tersebut, terdapat negeri yang bersetuju dan juga tidak bersetuju. Disebabkan jumlah yang tidak bersetuju lebih dominan maka penubuhan ini terpaksa dilupakan. Antara sebab utama kenapa Lembaga Zakat Negara tidak boleh dilaksanakan:
i. Bidang kuasa agama adalah dibawah bidang kuasa Sultan/Raja di sesebuah negeri dan bukan kerajaan pusat
ii.Jumlah kutipan dan agihan setiap negeri berbeza, maka adalah tidak wajar zakat disesebuah negeri diagihkan di negeri yang lain
iii. Sekiranya jumlah kutipan zakat dikumpulkan di dalam Lembaga Zakat Negara, maka sudah pasti akan menjadi isu kerana jumlah kutipan sangat tinggi tetapi dari sudut kemiskinan terus berlaku dan ini akan menyebabkan negeri-negeri yang mempunyai komposisi kemiskinan yang tinggi akan menyalahkan pihak Lembaga Zakat Negara
Namun begitu penulis mendoakan semoga hasrat penubuhan Lembaga Zakat Negara tidak terhenti disini sebaliknya proses penambahbaikan sistem pengurusan kutipan dan agihan di setiap institusi zakat negeri perlu ditingkatkan agar impian penubuhan Lembaga Zakat Negara menjadi realiti di suatu hari kelak
Di seminar tersebut itu juga penulis telah berjumpa dengan beberapa rakan lama di Lembaga Zakat Selangor dan perjumpaan ini mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami.
Gambar 3: Penulis bersama Ustaz Hamizul iaitu seorang penulis buku, penceramah dan juga pegawai eksekutif LZS.
Satu persoalan timbul semasa seminar itu berlangsung iaitu kenapakah penubuhan Lembaga Zakat Negara masih lagi tidak berjaya dilaksanakan. Menurut CEO MAIWP iaitu Datuk Zainal, penubuhan Lembaga Zakat Negara ini telah dibincangkan secara terperinci dikalangan institusi zakat negeri. Hasil perbincangan tersebut, terdapat negeri yang bersetuju dan juga tidak bersetuju. Disebabkan jumlah yang tidak bersetuju lebih dominan maka penubuhan ini terpaksa dilupakan. Antara sebab utama kenapa Lembaga Zakat Negara tidak boleh dilaksanakan:
i. Bidang kuasa agama adalah dibawah bidang kuasa Sultan/Raja di sesebuah negeri dan bukan kerajaan pusat
ii.Jumlah kutipan dan agihan setiap negeri berbeza, maka adalah tidak wajar zakat disesebuah negeri diagihkan di negeri yang lain
iii. Sekiranya jumlah kutipan zakat dikumpulkan di dalam Lembaga Zakat Negara, maka sudah pasti akan menjadi isu kerana jumlah kutipan sangat tinggi tetapi dari sudut kemiskinan terus berlaku dan ini akan menyebabkan negeri-negeri yang mempunyai komposisi kemiskinan yang tinggi akan menyalahkan pihak Lembaga Zakat NegaraNamun begitu penulis mendoakan semoga hasrat penubuhan Lembaga Zakat Negara tidak terhenti disini sebaliknya proses penambahbaikan sistem pengurusan kutipan dan agihan di setiap institusi zakat negeri perlu ditingkatkan agar impian penubuhan Lembaga Zakat Negara menjadi realiti di suatu hari kelak
Di seminar tersebut itu juga penulis telah berjumpa dengan beberapa rakan lama di Lembaga Zakat Selangor dan perjumpaan ini mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami.
Gambar 3: Penulis bersama Ustaz Hamizul iaitu seorang penulis buku, penceramah dan juga pegawai eksekutif LZS.
Monday, 5 October 2015
ISLAMIC HOME FINANCING INSTRUMENTS IN MALAYSIA
Accomodation is one of the fundamental rights for by every Muslim. A house is a everyone needs. They will get by all means by purchase it, renting or build the house themselves. Buyers normally have to go to a bank for a financing facility and the long, extended payment for home mortgage would take long term repercussion on individual's monthly income. Thus, very few people can afford to purchase a house on a cash basis. As muslim consumers, it is important for them to choose wisely on their financing.
Bil
|
List of Islamic Banks
|
Ownership
Status
|
Islamic Instruments
|
1.
|
Affin Islamic Bank Berhad
|
Local
|
musharakah mutanaqisah
|
2.
|
Al-Rajhi Banking & Investment
Corporation (Malaysia)
|
Foreigner
|
bay’ bithaman ajil
|
3.
|
Alliance Islamic Bank Ber had
|
Local
|
bay’ bithaman ajil
|
4.
|
AmIslamic Bank Berhad
|
Local
|
bay’ bithaman ajil
|
5.
|
Asian Finance Bank Berhad
|
Foreigner
|
tawarruq
Istisna’
|
6.
|
Bank Islam Malaysia Berhad
|
Local
|
tawarruq
|
7.
|
Bank Muamalat Malaysia Berhad
|
Local
|
tawarruq
Istisna’
|
8.
|
CIMB Islamic Bank Berhad
|
Local
|
Murabahah/tawarruq
|
9.
|
Hong Leong Islamic Bank Berhad
|
Local
|
tawarruq
|
10.
|
HSBC Amanah Malaysia Berhad
|
Foreigner
|
musharakah mutanaqisah
|
11.
|
Kuwait Finance House Malaysia Berhad
|
Foreigner
|
Ijarah muntahia bi al-tamlik
Ijarah mausufah fi al-zimmah
|
12.
|
Maybank Islamic Berhad
|
Local
|
musharakah mutanaqisah
murabahah
|
13.
|
OCBC Al-Amin
|
Foreigner
|
Ijarah muntahia bitamleek
|
14.
|
Public Islamic Bank Berhad
|
Local
|
bay’ bithaman ajil
|
15.
|
RHB Islamic Bank Berhad
|
Local
|
musharakah mutanaqisah
|
16.
|
Standard Chatered Saadiq Berhad
|
Foreigner
|
musharakah
|
Alhamdulliah. Currently in Malaysia we have 16 Islamic banking offered Islamic home product.Table shows the five types of Islamic home financing instruments bases on debt such as Bai Bithaman Ajil, Murabahah, Istisna’, Ijarah and Tawarruq instruments during 1983 until 2015. Meanwhile, Islamic home financing based on equity is Musyarakah Mutanaqisah instrument only. However, Bai Bithaman Ajil instruments is not predominant as the instrument contract because Musharakah Mutanaqisah (diminishing partnership) and Tawarruq are most accepted in Malaysia. In short, the activities in Islamic banks giving more options to the customers. They can choose better service and other add value features of the Islamic home product and service.
Subscribe to:
Comments (Atom)