Thursday, 30 January 2025

SCAMMER UMRAH SEMAKIN MENJADI-JADI

 Bismillah. Menunaikan UMRAH merupakan impian semua umat Islam tetapi kekangan kewangan menyebabkan ramai masyarakat Islam memilih untuk memilih PAKEJ yang sesuai dengan bajet. Namun kewujudan pelbagai syarikat-syarikat UMRAH yang dianggarkan lebih 900 syarikat UMRAH di Malaysia menyebabkan industri UMRAH menjadi semakin menarik dan berkembang dengan pesat. Perkembangan ini memberi kesan positif kepada masyarakat Islam kerana:

a. harga pakej menunaikan UMRAH di pasaran terlalu banyak untuk dipilih

b. harga pakej murah dan mesra bajet semakin banyak untuk dipilih

c. mewujudkan dua kelompok umrah iaitu pakej umrah tetapi penginapan jauh dan pakej premium tetapi penginapan dekat

d. pakej yang singkat dan pakej yang biasa

e. pakej yang makanan disediakan dan pakej yg tidak termasuk makanan

Walaupun begitu, masyarakat yang ingin menunaikan UMRAH dingatkan jangan terlalu melihat pakej yang murah semata-mata sebaliknya perlu membuat sedikit "homework" dengan melihat kewajaran pakej tersebut. Berikut merupakan TIPS untuk mengelak JEMAAH UMRAH terkena SCAM oleh Syarikat UMRAH yang mengutamakan KEUNTUNGAN semata-mata dan secepat kilat:

a. Sila semak nama syarikat Travel Agensi UMRAH dengan MOTAC (kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia) kerana semua Syarikat yang manwarkan khidmat UMRAH mesti mempunyai lesen dan mendaftar dengan MOTAC. https://www.motac.gov.my/semakan/umrah

b.Pastikan pakej yang ditawarkan logik dan tidak meragukan JEMAAH walaupun pakej tersebut dilihat menguntungkan JEMAAH berbanding syarikat TRAVEL

c. Pastikan pakej yang ditawarkan tidak seperti product MLM atau produk MENANG & GURIS atau jualan membeli belah seperti BELI 1 dapat 1 FREE

d. Elak membuat bayaran deposit kepada syarikat TRAVEL yang tidak mendaftar dengan MOTAC bagi mengelak risiko yg lebih tinggi

e. Pastikan bayaran dibayar terus kepada AKAUN syarikat TRAVEL dan bukan kepada Mutawif  atau AKAUN PERIBADI MUTAWIF atau orang lain

Walaupun UMRAH ini ibadat yang dituntut dalam Islam bagi yang mampu, namun sikap segelintir mereka yang mengendalikan syarikat TRAVEL dengan mengenepikan konsep MUAMALAT dalam EKONOMI ISLAM telah menghitamkan hati mereka sehingga sanggup menipu jemaah dan mempunyai agenda tersembunyi terhadap bisnes yang dijalankan.

MFI........


Friday, 20 January 2023

Thursday, 29 December 2022

Saturday, 24 December 2022

ISU KENAIKAN HARGA AYAM & TELUR AYAM DAN KAITAN DENGAN EKONOMI ISLAM

Kenaikan harga ayam & telur ayam yang berlarutan sejak akhir-akhir ini telah menjadi isu perbualan bukan sahaja di kalangan masyarakat tetapi turut melibatkan pembuat polisi negara. Bagi telur ayam yang berada di pasaran sekarang dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis biasa, jenis omega, dan jenis organik. Jika telur ayam jenis biasa dijual dalam bentuk tray yang merangkumi jenis A (mahal), B dan C. Ada juga telur ayam biasa yang dikeluarkan mengikut jenama tertentu dan dijual dalam unit yang sedikit. Telur ayam jenis omega pula agak mahal dan jual dalam unit yang kecil. Begitu juga dengan telur ayam jenis organik. Yang pasti ayam dan telur ayam merupakan dua jenis barangan yang berbeza.

Pernah pada suatu ketika ketika pengguna pergi ke kedai runcit dan pasar-pasar berkaitan di dapati bekalan telur telah kehabisan beracap kali. Ketiadaaan bekalan telur ayam ini pula tidak dapat ditampung oleh penjual dalam jangka masa biasa.  Jika kehabisan bekalan telur ayam di kedai runcit dapat ditampung semula dalam tempoh beberapa hari tetapi tidak berlaku ketika ini. Ini telah menjejaskan kehidupan isi rumah yang berpendapatan rendah khususnya fakir miskin kerana mungkin bagi mereka telur ayam adalah barang daruriyyat (keperluan) dan ayam adalah makanan mewah. Mungkin telur ayam merupakan barang Hajiyyat bagi golongan M40 dan ayam adalah barangan kamaliyat. Sudah pasti kedua-dua barangan ini mempunyai nilai yang jauh berbeza pula dengan golongan T20. 

Jadi beberapa persoalan mengenai faktor kekurangan penawaran ayam & telur ayam di pasaran menjadi tanda tanya kepada pengguna khususnya golongan yang berpendapatan rendah yang banyak menggunakan telur ayam ini.  Faktor kekurangan penawaran telur ayam mungkin berlaku disebabkan;
a. ayam betina banyak mati kesan penyakit dan telur ayam tidak menjadi atau
b. wujudnya aktiviti sorok telur ayam bagi menaikan harga ayam di pasaran atau
c. banyak telur ayam tempatan telah dieksport disebabkan harga lebih tinggi atau
d. wujudnya kartel peniaga ayam yang sengaja mewujudkan suasana panik bagi meningkatkan harga ayam atau
e.pemakanan untuk ternakan ayam telur semakin mahal menyebabkan usahawan telur ayam berhenti ternak ayam dan
f. lain-lain

Jesteru itu, jika dilihat kepada beberapa faktor di atas, kerajaan seharusnya campur tangan dengan memperkenalkan solusi yg membolehkan bekalan ayam & telur ayam kembali seperti sedia kala. Cadangan pembuat polisi yang mencadangkan supaya pengguna Jangan Membeli Telur Ayam Jika Mahal Bagi Memberi Tekanan Kepada Penjual  @ Jangan Makan Ayam bukan merupakan langkah yang baik dan mesra rakyat. Mungkin sudah tiba masanya Kementerian Pertanian khususnya mengorak langkah mewujudkan sebuah syarikat tempatan milik kerajaan menjadi pengeluar utama ayam & telur ayam di Malaysia supaya pasaran ayam dah telur ayam dapat dikawal. Selain itu ayam & telur ayam ini berkait rapat dengan makanan utama golongan B40 dan M40. Selain itu juga ini dapat memangkin kelestarian sektor pertanian negara.

Yang lebih menarik, adakah langkah kerajaan mengimport telur ayam suatu langkah yang baik? sedangkan negara sendiri berhadapan dengan jumlah hutang negara yang mencecah RM1Trilion. Adakah langkah ini bersifat sementara atau menjadi amalan untuk tahun akan datang.

Monday, 5 December 2022

Keadaan Ekonomi Negara Kini Berbeza


Selamat membaca dan semoga memperoleh manfaat walaupun sedikit

https://www.sinarharian.com.my/article/234552/berita/nasional/keadaan-ekonomi-kini-berbeza


https://www.sinarharian.com.my/article/234552/berita/nasional/keadaan-ekonomi-kini-berbeza