Saturday 24 December 2022

ISU KENAIKAN HARGA AYAM & TELUR AYAM DAN KAITAN DENGAN EKONOMI ISLAM

Kenaikan harga ayam & telur ayam yang berlarutan sejak akhir-akhir ini telah menjadi isu perbualan bukan sahaja di kalangan masyarakat tetapi turut melibatkan pembuat polisi negara. Bagi telur ayam yang berada di pasaran sekarang dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis biasa, jenis omega, dan jenis organik. Jika telur ayam jenis biasa dijual dalam bentuk tray yang merangkumi jenis A (mahal), B dan C. Ada juga telur ayam biasa yang dikeluarkan mengikut jenama tertentu dan dijual dalam unit yang sedikit. Telur ayam jenis omega pula agak mahal dan jual dalam unit yang kecil. Begitu juga dengan telur ayam jenis organik. Yang pasti ayam dan telur ayam merupakan dua jenis barangan yang berbeza.

Pernah pada suatu ketika ketika pengguna pergi ke kedai runcit dan pasar-pasar berkaitan di dapati bekalan telur telah kehabisan beracap kali. Ketiadaaan bekalan telur ayam ini pula tidak dapat ditampung oleh penjual dalam jangka masa biasa.  Jika kehabisan bekalan telur ayam di kedai runcit dapat ditampung semula dalam tempoh beberapa hari tetapi tidak berlaku ketika ini. Ini telah menjejaskan kehidupan isi rumah yang berpendapatan rendah khususnya fakir miskin kerana mungkin bagi mereka telur ayam adalah barang daruriyyat (keperluan) dan ayam adalah makanan mewah. Mungkin telur ayam merupakan barang Hajiyyat bagi golongan M40 dan ayam adalah barangan kamaliyat. Sudah pasti kedua-dua barangan ini mempunyai nilai yang jauh berbeza pula dengan golongan T20. 

Jadi beberapa persoalan mengenai faktor kekurangan penawaran ayam & telur ayam di pasaran menjadi tanda tanya kepada pengguna khususnya golongan yang berpendapatan rendah yang banyak menggunakan telur ayam ini.  Faktor kekurangan penawaran telur ayam mungkin berlaku disebabkan;
a. ayam betina banyak mati kesan penyakit dan telur ayam tidak menjadi atau
b. wujudnya aktiviti sorok telur ayam bagi menaikan harga ayam di pasaran atau
c. banyak telur ayam tempatan telah dieksport disebabkan harga lebih tinggi atau
d. wujudnya kartel peniaga ayam yang sengaja mewujudkan suasana panik bagi meningkatkan harga ayam atau
e.pemakanan untuk ternakan ayam telur semakin mahal menyebabkan usahawan telur ayam berhenti ternak ayam dan
f. lain-lain

Jesteru itu, jika dilihat kepada beberapa faktor di atas, kerajaan seharusnya campur tangan dengan memperkenalkan solusi yg membolehkan bekalan ayam & telur ayam kembali seperti sedia kala. Cadangan pembuat polisi yang mencadangkan supaya pengguna Jangan Membeli Telur Ayam Jika Mahal Bagi Memberi Tekanan Kepada Penjual  @ Jangan Makan Ayam bukan merupakan langkah yang baik dan mesra rakyat. Mungkin sudah tiba masanya Kementerian Pertanian khususnya mengorak langkah mewujudkan sebuah syarikat tempatan milik kerajaan menjadi pengeluar utama ayam & telur ayam di Malaysia supaya pasaran ayam dah telur ayam dapat dikawal. Selain itu ayam & telur ayam ini berkait rapat dengan makanan utama golongan B40 dan M40. Selain itu juga ini dapat memangkin kelestarian sektor pertanian negara.

Yang lebih menarik, adakah langkah kerajaan mengimport telur ayam suatu langkah yang baik? sedangkan negara sendiri berhadapan dengan jumlah hutang negara yang mencecah RM1Trilion. Adakah langkah ini bersifat sementara atau menjadi amalan untuk tahun akan datang.

11 comments:

  1. Cara-cara membendung kenaikan harga ayam dan telur secara berterusan.
    1. Membuka peluang pekerjaan dalam bidang penternakan agar populasi ayam dapat dijamin dan kekal berterusan.
    2. Pihak kerajaan perlu melakukan pemeriksaan dengan lebih peka terhadap keadaan penternak-penternak yang ada di Malaysia.
    3. Mengadakan sekatan untuk mengeksport ayam mengikut hari yang tertentu sahaja supaya permintaan dalam tempatan mencukupi.
    4. Menetapkan harga siling terhadap makanan ayam seperti dedak jagung
    5. Kerajaan memberi subsidi kepada penternak ayam untuk menjalankan penanaman jagung berdekatan.
    6. Menetapkan kesamarataan terhadap penghasilan telur ayam dan populasi ayam agar terus seimbang.

    ReplyDelete
  2. cara mengawal kenaikan harga ayam dan telur ayam di pasaran
    1) kerajaan perlu lebih peka dan mengambil tindakan terhadap sindiket penyembunyian ayam dan telur ayam
    2) mengurangkan harga makanan ayam seperti mengenakan dasar harga maksimum
    3) kerajaan menaikkan kadar subsidi untuk harga ayam
    4) meningkatkan lagi pengeluaran ayam dan telur ayam dengan mengajak pemuda terutamanya untuk melibatkan diri dalam aktiviti penternakan ayam ini serta memberi insentif kepada mereka

    ReplyDelete
  3. Cara mengawal kenaikan harga ayam dan telur ayam dalam pasaran:
    1. Pihak kerajaan sewajarnya melakukan pemeriksaan secara berkala di kedai-kedai runcit dan pasar raya bagi memastikan aktiviti sorok menyorok bekalan ayam dan telur tidak berlaku.
    2.Pihak kerajaan hendaklah memberikan subsidi kepada para penternak.Oleh itu,kos pengeluaran/penternakan dapat dikurang.Maka pengeluaran telur dan ayam dapat dipertingkatkan.
    3. Pihak kerajaan perlulah meletakkan harga siling bagi ayam dan telur yang murah agar mudah bagi golongan kurang berkemampuan mendapatkanya.
    4. Pihak kerajaan sewajarnya menyekat aktiviti eksport ayam dan telur ke luar negara agar bekalan bagi rakyat sentiasa mencukupi.

    ReplyDelete
  4. cara mengawal kenaikan harga ayam dan telur ayam di pasaran.

    1) penguatkuasaan undang-undang terhadap akta kawalan harga ayam
    2) pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada penternak supaya dapat menampung kos menternak ayak supaya harga ayam dan telur ayam tidak meningkat.
    3) perbincangan 2 hala antara kerajaan dan syarikat penternak supaya mencapai persetujuan dalam perancangan jangka masa panjang.
    4) pihak kerajaan perlu memantau secara berkala aktiviti -aktivit perniagaan atau syarikat dalam sektor pertanian jika berlaku 'illegal activity' yang boleh memberi kesan kepada harag pasaran semasa ayam dan telur ayam.
    5) menetapkan harga maksimum bagi ayam dan telur ayam
    6) pihak kerajaan sewajarnya memberi pinjaman kewangan yang bersifat ringan kepada penternak untuk mengatasi kos ladang atau kos buruh yang semakin tinggi.

    ReplyDelete
  5. Cara mengawal kenaikan harga ayam dan telur ayam dalam pasaran:
    1. Kerajaan harus menawarkan lebih banyak insentif kepada penternak-penternak ayam supaya pengeluaran ayam meningkat.
    2. Kerajaan harus menggalakkan orang muda untuk menternak ayam agar bekalan ayam dan telur ayam mencukupi.
    3. Kerajaan perlu menyediakan subsidi kepada harga ayam dan telur ayam supaya harga tidak terlalu tinggi di pasaran.
    4. Pihak berwajib sepatutnya lebih giat membuat operasi "spot check" di setiap kedai agar tiada lagi perilaku menyembunyikan ayam dan telur ayam.
    5. Pihak atasan sewajarnya mengehadkan aktiviti eksport ayam dan telur ayam ke luar negara dan mengutamakan jual beli ayam dan telur ayam dalam negara.
    6. Kerajaan perlu memberikan subsidi pada harga dedak ayam supaya harga dedak ayam tidak terlalu mahal.

    ReplyDelete
  6. Langkah-langkah mengawal kenaikan harga ayam dan telur dalam pasaran.
    1.Pihak kerajaan seharusnya memberi subsidi kepada kepada penternak telur dan ayam bagi meringankan bebanan susulan kos penternakan yang tinggi.
    2.Pihak berwajib hendaklah memperkenalkan insentif kepada penternak ayam telur bagi mengalakkan masyarakat untuk menceburi bidang penternakan telur sekali gus dapat meningkatkan aktiviti pengeluaran telur ayam.
    3.Pihak kerajaan seharusnya mempertingkatkan penyelidikan dalam bidang kajian ubatan bagi menghasilkan antibiotik yang lebih berkualiti terhadap ayam yang berpenyakit untuk mengurangkan peratus ayam mati dan kekurangan penghasilan telur ayam.
    4.Pihak berwajib sewajarnya memperuntukkan dan meningkatkan kajian terhadap kacukan baka ayam bagi menghasilkan telur ayam yang tidak mudah rosak dan berkualiti.
    5. Pihak berkuasa seharusnya mengadakan pemeriksaan secara mengejut dengan kerap terhadap peniaga telur ayam bagi menyelesaikan isu aktiviti sorok telur ayam.
    6.Pihak kerajaan sewajarnya mengenakan denda yang maksimum bagi peniaga yang melakukan aktiviti sorok telur ayam.
    7.Pihak berwajib hendaklah mengawal dan menetapkan kadar kuantiti mengeksport telur ayam tempatan ke luar negara sebanyak 50% kurang daripada kuantiti telur ayam tempatan yang dijual dalam negara.
    8. Pihak kerajaan seharusnya mengenakan cukai yang tinggi kepada peniaga telur yang mengeksport telur ayam ke luar negara.

    ReplyDelete
  7. Cara-cara untuk mengatasi harga ayam dan telur ayam daripada terus naik ialah:
    1. Kerajaan lebih banyak mengeluarkan penternak-penternak muda yang dapat menternak lebih banyak ayam sebagai pengeluar yang dapat memberikan kuantiti yang mengikuti permintaan luar.
    2. Mengenakan had-had yang sesuai dengan seisi rumah supaya tidak berlebihan dan tidak menjadi suatu barangan yang terhad.
    3. Kerajaan perlu mengambil tindakan kepada perniagaan yang meletakkan harga yang terlampau tinggi dengan kompaun atau denda.
    4. Pihak kerajaan perlulah memberikan subsidi kepada pengeluar barangan ayam dan telur yang ingin mengeksportkan ke luar negara.
    5. Kerajaan perlu menawarkan pemberian pinjaman mudah atau pinjaman mudah kepada penternak ayam.
    6. Pihak kerajaan perlu membuat kaji selidik tentang kos operasi industri yang semakin tinggi dan mencari jalan penyelesaian seperti memberikan kadar minimum dalam pinjaman bagi mengurangkan kos-kos dedak ayam.
    7. Kerajaan mempermudahkan urusan buruh asing dalam sektor penternakan supaya kekurangan penternak ayam dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  8. cara mengawal kenaikan harga ayam dan telur dalam pasaran
    1. Kerajaan memberikan subsidi kepada penternak ayam agar dapat menampung kos yang semakin tinggi. Contohnya kos dedak ayam.
    2. Kerajaan hendaklah mengautkuasakan undang undang yang khusus berkaitan harga ayam dan telur. Contohnya akta kawalan harga ayam dan telur.
    3.Kerajaan hendaklah memperketatkan lagi barangan yang dieksport ke luar negara dan juga mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mengeksport telur ke luar negara.
    4.Kerajaan hendaklah meningkatkan lagi pengeluaran ayam dan telur, contohnya mengadakan kelas kemahiran terbuka dengan memberi pengetahuan tentang penjagaan ayam dan telur yang berkualiti kepada semua golongan masyarakat, sekaligus dapat memberi peluang pekerjaan kepada penternak muda dan penganggur.

    ReplyDelete
  9. Cara mengawal kenaikan harga ayam dan telur.
    1. Kerajaan perlu mengawal import dan eksport produk secara berkesan.
    2. Kerajaan sewajarnya mengawal harga dedak import dan sokongan aktif kepada pasaran dedak tempatan.
    3. Kerajaan turut pertimbangkan kawalan harga di semua peringkat dan disokong dengan pemberian subsidi kepada rantaian tertentu sebagai usaha menangani isu kenaikan harga ayam dan telur.
    4. KPDNHEP seharusnya menegaskan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 serta perlu mengambil tindakan tegas jika ada pihak sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut terutama dalam situasi ini.

    ReplyDelete
  10. Antara cara mengawal kenaikan harga ayam dan telur di pasaran adalah, pertamanya kerajaan boleh menyalurkan subsidi, supaya pihak penternak berupaya membantu pengguna dengan menjual ayam dan telur ayam dengan harga yang berpatutan. Seterusnya, pihak kerajaan juga perlu melakukan pemantauan terhadap pusat perternakan ayam dan kedai kedai yang menjual ayam serta telur ayam agar dapat mengesan aktiviti yang tidak sepatutnya seperti aktiviti 'sorok telur ayam'. Akhir sekali, kerajaan boleh menetapkan harga ayam dan telur ayam yang sepatutnya dijual. Dan mengambil tindakan kepada penjual atau penternak yang tidak mengikut harga yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  11. Secara keseluruhannya saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh dr. Kekurangan penawaran telur ayam bukan sahaja memberi kesan kepada golongan isi rumah daripada sudut keperluan makanan malah ia juga memberi kesan kepada syarikat-syarikat atau kedai-kedai makan yang memerlukan telur untuk mengeluarkan produk akhir mereka. Contohnya, kedai kek, kedai roti malah syarikat makan besar seperti pizza-hut, mcdonalds dan juga kfc mungkin terkesan dengan fenomena ini. Maka, pelbagai pihak berperanan untuk mengatasi masalah ini. Sudah semestinya kerajaan merupakan tunjak utama untuk mengorak langkah membasmi kekurangan telur ayam di pasaran. Namun begitu, rakyat juga tidaklah hanya menunggu suapan daripada kerajaan sahaja, sebagai rakyat yang bijak kita juga boleh mengambil tindakan seperti menternak ayam sendiri, membela binatang yang dapat dijadikan sebagai telur alternatif kepada telur ayam seperti telur burung puyuh dan telur itik.

    ReplyDelete