Setiap daripada kita mungkin pernah berurusan dengan pihak bank bagi pelbagai tujuan. Ada yang berurusan dengan pihak bank bagi tujuan pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan, pembiayaan kad kredit, pembiayaan perniagaan, pembiayaan kenderaan dan sebagainya lagi. Pembiayaan ini hanya disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan. Dalam erti kata lain pendeposit yang menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan, akaun semasa, akaun pelaburan yang berkonsepkan Shariah akan digunakan oleh pihak bank bagi memberi kemudahan pembiayaan kepada mereka yang memerlukan pembiayaan. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa bank bertindak sebagai pembiaya dan pelanggan sebagai penerima pembiayaan. Hubungan antara bank dan pelanggan ini wujud disebabkan beberapa faktor seperti jual beli, pelaburan dan perkongsian.
BANK ------------------PELANGGAN
Pembiaya Penerima pembiayaan
Hubungan ini juga mewujudkan kewajipan di kedua-dua pihak di mana
pembiaya perlu memberikan pembiayaan kepada penerima pembiayaan (pelanggan)
seperti mana dalam kontrak. Dalam pada itu, penerima pembiayaan berkewajipan
membayar jumlah pembiayaan yang diterima dalam tempoh yang ditetapkan dan dipersetuji bersama. Jika
bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, ini akan menjejaskan
aktiviti kewangan pembiaya.
Takrif Ta'widh dan Gharamah
Mesyuarat ke-30, Majlis Penasihat Syariah BNM telah memutuskan bahawa bayaran ta`widh bagi (i) bayaran tertunggak dan (ii) kegagalan membuat bayaran selepas
tarikh matang, adalah dibenarkan. Bayaran ta`widh ini adalah untuk pembiayaan Islam
yang berasaskan `uqud mu`awadhat
(kontrak-kontrak pertukaran) termasuk sukuk yang diterbitkan atas asas kontrak
pertukaran.
Ini membawa maksud sekiranya pelanggan yang menerima bantuan pembiayaan gagal membayar sejumlah bayaran yang telah dipersetujui semasa berkontrak, maka pihak bank boleh mengenakan Ta'widh (pampasan)
ke atas pelanggan yang gagal memenuhi kewajipan untuk
menjelaskan pembiayaa.
Ta'widh merujuk kepada bayaran ganti
rugi yang telah
dipersetujui oleh pihak
berkontrak yang layak
dituntut oleh pemiutang
(pembiaya iaitu bank/pelabur) apabila penghutang (penerima biaya) gagal
atau lewat melaksanakan
tanggungjawab
untuk membayar balik sesuatu
hutang
yang berkaitan.
Kadar Ta'widh
1. Tidak membawa kepada pertikaian ke peringkat mahkamah
i) Kemungkiran pembayaran sebelum tarikh matang
Ta`widh boleh dikenakan
dan
tidak boleh
melebihi 1% daripada
jumlah tertunggak
dan tidak boleh dikompaunkan. Selain itu, gharamah boleh dikenakan dan gabungan di antara kadar ta`widh dan gharamah
tidak
boleh
melebihi 10% daripada
jumlah
tertunggak atau
sebagaimana
yang ditentukan oleh MPS dari semasa ke semasa.
(ii) Kemungkiran pembayaran selepas tarikh matang
Ta`widh boleh dikenakan dan tidak
boleh melebihi daripada
kadar semasa semalaman pasaran wang antara
bank secara Islam (prevailing
daily
overnight Islamic Interbank Money
Market rate) ke atas baki tertunggak (modal tertunggak dan keuntungan terakru). Selain itu, gharamah
boleh dikenakan
dan gabungan di antara kadar
ta`widh dan gharamah tidak boleh melebihi 10% daripada
jumlah
tertunggak atau sebagaimana yang ditentukan oleh MPS dari semasa
ke semasa
2. Membawa kepada pertikaian ke peringkat mahkamah
a)
Caj pembayaran
lewat bagi hutang
penghakiman
boleh
dikenakan oleh
mahkamah dari tarikh penghakiman
dibuat sehingga hutang penghakiman tersebut diselesaikan pada kadar
yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah
mahkamah. Kaedah pelaksanaan caj pembayaran lewat ini mestilah berdasarkan mekanisme ta`widh (ganti rugi) dan gharamah
(penalti);
b) Ta`widh merujuk kepada ganti
rugi ke atas kerugian sebenar. Dalam mengambil kira
kesukaran bagi menentukan jumlah kerugian sebenar dan keperluan
kepada
penyelarasan dalam
industri, MPS memutuskan bahawa kadar kerugian sebenar
hendaklah berdasarkan keputusan
pihak ketiga iaitu Bank
Negara Malaysia. Diputuskan juga
bahawa kadar kerugian
sebenar adalah berdasarkan kadar semalaman antara bank secara Islam
(daily overnight Islamic Interbank rate), seperti
yang dipaparkan dalam laman
sesawang Islamic Interbank
Money Market (IIMM) ditetapkan pada
tarikh penghakiman dibuat dan dikira secara bulanan berasaskan kaedah baki harian (daily rest basis);
(c) Gharamah merujuk kepada penalti
yang dikenakan sebagai langkah pencegahan bagi kelewatan pembayaran
oleh penghutang. Dalam konteks ini,
gharamah merujuk kepada perbezaan di antara jumlah
caj pembayaran
lewat dan ta`widh,
iaitu
lebihan
sekiranya
ta`widh
kurang daripada jumlah caj pembayaran lewat.
Caj
pembayaran
lewat adalah ditentukan oleh kaedah-kaedah mahkamah.
(d) Jumlah caj pembayaran lewat ke atas hutang penghakiman tidak boleh dikompaun;
(e) Pemiutang penghakiman
hanya
berhak menerima jumlah
ta`widh sahaja. Sekiranya jumlah ta`widh menyamai atau melebihi jumlah caj pembayaran lewat, keseluruhan jumlah caj pembayaran lewat tersebut boleh diambil oleh pemiutang
penghakiman. Sebaliknya, jika jumlah
caj pembayaran lewat melebihi jumlah
ta`widh, lebihan tersebut (gharamah) perlu disalurkan kepada badan kebajikan;
f) Jumlah caj pembayaran lewat tidak boleh
melebihi
jumlah pokok yang tertunggak;
(g) Pengiraan
caj pembayaran lewat bagi hutang penghakiman
adalah dikenakan ke atas jumlah
asas penghakiman. Jumlah asas
penghakiman adalah
jumlah
pokok
yang tertunggak (tertakluk
kepada
ibra’
sekiranya terpakai) dan tidak merangkumi caj pembayaran lewat sebelum penghakiman
dan kos-kos lain
Berkenaan pengurusan gharamah, MPS mengambil pendirian untuk memberikan mandat kepada Jawatankuasa Syariah/Penasihat Syariah bagi menentukan badan-badan kebajikan yang sesuai untuk menerima gharamah
termasuk baitulmal. Penyaluran gharamah tersebut perlu dilaksanakan
oleh bank, tanpa mengambil kira
sama ada bank tersebut melibatkan institusi
di bawah
kawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau tidak.
Pemiutang penghakiman hendaklah memastikan bahawa sebarang penyaluran gharamah kepada
badan kebajikan tidak menghasilkan sebarang manfaat kepada pemiutang penghakiman tersebut.
Konsep Ta'widh dan Gharamah
Contoh Pengiraan
Late payment charges (before maturity
date)
Product name BBA Home Financing-i
(Retail)
Bank’s principal RM100,000
Bank’s selling price RM158,520
Monthly instalment RM1,321
Payment due date 4th of the month
Financing profit rate 10%p.a.
Late payment charge (C) 14 C e.g. AFR
Ta'widh (compensation) (T) 15 T= 1%
(before maturity date) Gharamah (penalty) (G) G = {C-T}
Formula for combined late payment charge
on overdue instalment(s) is as follows:
Overdue
instalment(s) X Combined rate16 X No. of Overdue day(s)
365
Example computation of combined late
payment charge for the month of April 2016:
RM1,321 X 9.50%
X 30/365 =
RM10.31
Formula for ta’widh on overdue
instalment(s) is as follows:
Overdue instalment(s) X Ta’widh rate17 X No. of Overdue day(s)/365
Example of computation of ta’widh for the
month of April 2016:
RM1,321 X 1.00%
X 30/365 =
RM1.09
Perbezaan Ta'widh, Gharamah dan Penalti Konvensional