Friday, 25 December 2015

HASBI HOMESTAY NILAI IMPIAN-NILAI 3 (CORNER LOT)-BERKONSEPKAN ISLAMIC

Assalamualaikum.
 Hasbi Homestay Nilai Impian adalah sebuah Rumah Teres 2 Tingkat Corner Lot dan mempunyai halaman yang sangat luas dan sesuai untuk aktiviti family day, sukaneka, reunion, meeting, bersukan dan pelbagai lagi. Menyediakan bbq pit untuk pelanggan yang ingin melakukan aktiviti bbq. Berkonsepkan Gated dan Guarded. Berhadapan taman rekreasi dan gelanggang futsal sesuai untuk aktiviti berbasikal(basikal disediakan), joging, sukaneka serta riadhah bersama keluarga. Hasbi Homestay menekankan unsur kebersihan dan bersifat Islamic serta bertemakan BERKAT BERSAMA.



 Berhampiran Petronas Nilai Impian (2 minit) dan Pusat Membeli Belah terbesar Nilai 3 ( 3 minit), Tol Nilai (5 minit) & Pusat pengajian; USIM, Manipal University, INTI college, Nilai college, KUIS(15 minit), UKM (25 minit), UPM (25 minit), Gaint dan Tesco ( 8 minit), KFC and Pizza dan Restorant Nasi Kandar ( 8 minit)
Maaf hanya untuk pelanggan MUSLIM sahaja. Maksimum 15 orang tidak termasuk baby.


BAHAGIAN ATAS Hasbi Homestay Nilai Impian dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang keluarga serta balkoni untuk bersantai.  

**HARGA PROMOSI RM250***.
Kemudahan:
- 4 bilik tidur & 3 bilik air
- 4 katil queen + kipas (Aircond di master room)
- TV dan radio
- hood, hob dapur, tong gas dan peralatan untuk memasak
- pinggan mangkuk dan cawan
- mesin basuh auto dan ampaian
- meja makan & baby chair
- set sofa
- kain sejadah, telekung, kain pelekat (di setiap bilik)
- seterika dan ironing board
- Tuala Mandi dan sabun mandian
- beberapa unit basikal untuk aktiviti berbasikal
- meja santai dan bbq pit (bergantung pada permintaan)
- alat bersukan dalam rumah
- kemudahan parking kereta yang banyak
- pintu Pagar Hasbi Homestay Nilai Impian mengadap Taman Rekreasi, trek berjoging dan berbasikal, taman mainan kanak2 dan Gelanggang Futsal.

- Hot water dispenser disediakan

Tetamu-tetamu Hasbi Homestay Nilai Impian berpeluang membaca buku-buku karya pemilik homestay.Malah boleh mendapatkan buku-buku tersebut sebagai koleksi peribadi dengan pembelian harga istimewa sebagai tetamu Hasbi Homestay. Harga asal adalah RM35 





 Hubungi Dr. Faisol di talian 0195838661 atau 0192177877







Hasbi Homestay Nilai Impian
menawarkan perkhidmatan terbaik
 kepada pelanggan dengan
bertemakan 'BERKAT BERSAMA'

Sila layari facebook
Hasbi Homestay Nilai Impian 
 Hasbi Homestay Nilai Impian mengajak semua pelanggannya mencari falah (kejayaan) dan barakah (berkat) secara bersama melalui nikmat kewujudan Hasbi Homestay Nilai Impian ini. In sya Allah.


Monday, 14 December 2015

MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN KUESAHAWANAN ISLAM OLEH TAN SRI MUHAMMAD ALI HASYIM

Assalamualaikum. Pada 29 November 2015 yang lepas, YBhg. Tan Sri Muhammad Ali Hasyim telah merasmikan majlis penutupan Konvensyen Keusahawanan Islam kali ke 11 di Universiti Sains Islam Malaysia. Semasa merasmikan majlis tersebut Tan Sri Muhammad Ali Hasyim telah berkongsi dan melemparkan beberapa isu dan idea baharu tentang keusahawanan Islam, antaranya:
i. setiap muslim perlu mempunyai pemikiran seperti usahawan kerana bidang keusahawanan Islam merupakan salah satu medan dakwah
ii. usahawan muslim perlu berani bersaing dan berhadapan cabaran dengan membeli syarikat-syarikat ternama di Malaysia yang dimiliki oleh bukan muslim
iii. usahawan muslim perlu menjadi job creater dan bukan job seeker
iv. masyarakat muslim di Malaysia tidak boleh terlalu berharap dengan dasar subsidi yang diberikan oleh pihak pemerintah kerana ia bersifat sementara

 

Sunday, 13 December 2015

TV AL HIJRAH MEMBICARAKAN KEUSAHAWANAN ISLAM

Gambar 1: Pada detik 26 November 2015 penulis telah diberi ruang dan peluang untuk berbicara tentang konsep keusahawanan Islam di kaca TV Al- Hijrah

Gambar 2: Penulis sedang ditemuramah secara live oleh hos rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah

Saturday, 21 November 2015

KONVENSYEN KEBANGSAAN KEUSAHAWANAN ISLAM NCIE 2015

Alhamdulillah, pada 17 hingga 19 November di Dewan Dato Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi telah berlangsung Konvensyen Kebangsaan Keusahawanan Islam 2015 (NCiE). Konvensyen ini julung-julung kalinya diadakan di ILIM. Konvensyen ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar ICEPS 11 dengan kerjasama ILIM dan MAIWP serta PPZ.


Sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan sepanjang 3 hari program. Konvensyen ini berjaya menarik pembentang-pembentang yang terdiri daripada usahawan muda Islam, ahli akademik, warga pendidik, usahawan Muslim, institusi-institusi agama dan juga ramai lagi. Bertemakan Ukhrawi dan Duniawi; Revolusi Usahawan Muslim, beberapa tokoh agama turut hadir membentangkan kertas kerja yang berkisar keusahawanan Islam antaranya Pengerusi Baitulmal Wilayah Persekutuan, Pengerusi Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM dan beberapa lagi tokoh lain.

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh KP JAKIM yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Hj Zainal. Turut hadir Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof Dr. Zulkepli.Hasil daripada konvensyen kebangsaan ini, satu resolusi terlah dibuat iaitu usahawan Muslim perlu mempunyai prinsip-prinsip dan etika Islam dalam berniaga serta meletakkan objektif job creater untuk masyarakat sebagai matlamat utama mereka dan bukan job seeker.





Thursday, 15 October 2015

NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PERINTIS USAHAWAN MUSLIM HEBAT DAN BERJAYA-mkm


Sejarah keusahawanan Islam bermula semenjak Nabi Muhammad di usia muda lagi. Ketika itu, Baginda bekerja sebagai pengembala kambing. Setelah dewasa baginda menjadi saudagar dan dilantik oleh Saidatina Siti Khadijah selaku rakan konsinya. Sewaktu itu umur Baginda berusia lingkungan 24 tahun. Kepercayaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w. terbukti setelah mendapati Nabi s.a.w. mempunyai pengalaman di dalam bidang perniagaan sejak berumur 12 tahun lagi.
      Sewaktu datuk Nabi s.a.w., Abdul Mutalib meninggal dunia, Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib (bapa kepada Saidina Ali). Abu Talib ialah seorang tokoh korporat dan ahli perniagaan yang terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Beliau telah melatih Nabi s.a.w. di dalam bidang perniagaan, membawa ke Syria, Iraq dan lain-lain negara di Timur Tengah.
   Kepandaian dan kehebatan Nabi s.a.w. dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan telah menyebabkan beberapa orang bapa saudaranya yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat jahiliah seperti Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa orang lagi ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga Bani Hashim telah bermesyuarat dan memutuskan menawarkan modal kepada Nabi s.a.w.
    Apabila tawaran itu dikemukakan, Baginda menolaknya, kerana tawaran itu mempunyai motif eksploitasi terhadap Baginda dan mensyaratkan Nabi s.a.w. mengakui berhala Latta dan Uzza sebagai tuhan. Penolakan itu dilakukan kerana Nabi s.a.w. tidak mahu diperalatkan oleh para korporat feudalis untuk keuntungan peribadi mereka.
  Berbeza dengan Siti Khadijah yang telah memberi kebebasan kepada Baginda menguruskan perniagaan tanpa syarat. Nabi s.a.w. menerima tawaran itu kerana sifatnya selaku seorang yang jujur dan mempunyai tanggungjawab kemanusiaan. Lantaran kejujuran Baginda dengan dasar kemanusiaan itulah akhirnya Baginda terkenal bukan sahaja di Mekah dan semenanjung tanah Arab, bahkan di peringkat antarabangsa selaku tokoh korporat 'al-Amin' (yang dipercayai).
    Justeru itulah nama, keturunan dan peribadi Baginda terkenal sehingga mendapat gelaran dan bintang selaku 'al-Amin' iaitu orang berwatak aman dan menyenangkan semua pihak. Setelah dilantik sebagai Rasul, lalu menjadi mudahlah masyarakat dunia menerimanya dan mengakui kebenaran yang dibawa. Demikianlah antara hikmah sebagai Rasul dan pemimpin. 
     Oleh itu jelas bagi penulis bagaimana pemasaran secara Islam iaitu ‘al-Amin’ ataupun kebolehpercayaan telah menjadikan Rasulullah terkenal dan berjaya sebagai ikon usahawan Muslim dunia sehingga hari ini. Sesungguhnya matlamat perniagaan di dalam Islam ialah mencari al-falah dan juga barakah melalui peranan usahawan Muslim sebagai khalifah sebenar menurut kaca mata Islam.