Tuesday, 4 February 2025

'Buy Now Pay Later' Di Malaysia: Adakah Baik Atau Buruk Kepada Pengguna?

 

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, corak perbelanjaan dalam kalangan masyarakat juga turut berubah. Sebagai contoh, konsep perniagaan beli dulu dahulu bayar kemudian (BNPL)  semakin meluas digunakan. Pun begitu, konsep yang pada asalnya bertujuan memudahkan orang ramai tetapi ada segelintir yang menyalahgunakan hingga mendatangkan mudarat kepada diri sendiri yang mana ada antara mereka yang terperangkap dengan hutang kerana mengambil mudah penggunana konsep pembelian tersebut.

 1.Secara asasnya siapa sebenarnya yang salah, adakah konsep bayaran itu atau sikap peminjam sendiri?

Sebenarnya penyediaan sistem BNPL dalam pasaran ekonomi di Malaysia merupakan sesuatu yang sangat baik dan bermanfaat kepada orang ramai khususnya negara Malaysia sekarang yang sudah mula bergerak ke arah dunia digital. Sebagai contoh platform SPaylater Shoppe, Hoolah, PAYLATER, dan beberapa lagi platform sebenarnya menjadi pemudah cara kepada orang ramai melakukan pembelian tanpa melibatkan komitmen bayaran yang tinggi serta menjimatkan masa, tenaga dan juga bajet. Namun sejauhmana sistem itu memberi manfaat atau pun tidak adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Sekirannya seseorang individu menjadikan platform ini sebagai satu cara untuk mendapatkan barangan secara cepat tanpa perlu mengeluarkan modal dan tanpa memikirkan keupayaan pendapatan  mereka kelak, maka BNPL akan memakan diri mereka sendiri. Begitu juga individu yang mempunyai sikap yang suka berhutang dan culas membayar akan terperangkap dengan sistem BNPL ini. Dalam erti kata lain sistem BNPL merupakan sesuatu sistem yang baik dan bermanfaat selagi mana orang ramai bijak menggunakannya mengikut keperluan dan bukan kehendak semata-mata serta mempunyai displin yg tinggi dalam bayaran balik hutang. Sebaliknya BNPL akan menjadi perangkap yang memakan diri sendiri jika orang ramai mempunyai sikap melewat atau culas membayar hutang tetapi mempunyai kemahuan yang tinggi terhadap membeli barangan.

 

2.Bagaimanakah perbandingan BNPL dengan kaedah pinjaman lain, mana yang lebih selamat?

Secara umumnya BNPL lebih baik jika dibandingkan dengan pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman melalui kad kredit, pinjaman peribadi dan beberapa lagi. Ini kerana kebiasannya BNPL menawarkan 0 kadar bunga, sedangkan kadar keuntungan dan kadar bunga bagi kad kredit dikenakan antara 12-18%. Begitu juga pinjaman dan pembiayaan peribadi yang dikenakan oleh pihak bank pada kadar 4-5%. Sekiranya orang ramai bijak dan berdisplin menggunakan sistem BNPL yang dibangunkan oleh beberapa platform di Malaysia, mereka akan mendapat manfaat yang besar. Dalam erti kata lain mereka perlu melunaskan hutang melalui BNPL ini secara tetap dan tidak tertangguh. Untuk selamat mereka boleh membuat bayaran secara potongan automatik dari akaun peribadi. Jadi ini amat membantu orang ramai untuk mengelak daripada dikenakan caj yang tinggi sekiranya mereka gagal membayar pada waktunya. Walaupun begitu sekiranya individu tersebut culas membayar hutang atau lewat membayar hutang, maka sistem BNPL akan mengenakkan caj tambahan yang jauh tinggi berbanding sistem perbankan. Orang ramai perlu ingat bahawa platform yang wujud di bawah sistem BNPL ini menawarkan tempoh hutang dan pinjaman dalam masa yang singkat seperti 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan. Masa yang singkat ini menjadi kekangan kepada orang ramai jika tidak bijak menguruskan bajet mereka.

 

3.Apakah saranan kepada orang ramai apabila berbelanja menggunakan konsep ini?

Saranan saya kepada orang ramai apabila berbelanja menggunakan konsep ini adalah yang pertama berbelanja kepada barangan yang bersifat keperluan terlebih dahulu dan bukan kehendak. Yang kedua, pastikan isi rumah membuat pengiraan pendapatan isi rumah tentang kedudukan kewangan mereka sama ada mampu atau tidak untuk membayar balik hutang dan pinjaman dalam masa singkat. Ketiga pastikan mereka yang ingin menggunakan platform dibawah sistem BNPL ini merupakan individu yang berdisplin dan bertangungjawab dengan apa yang dilakukan supaya kelak mereka dapat menunaikan hutang mengikut tempoh yang diberikan. Yang terakhir adalah hutang yang dilakukan melalui BNPL ini wajib dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak boleh lewat.

 

MFI@chegar

Sunday, 2 February 2025

HARGA EMAS DIRAMAL MENINGKAT BAGI TAHUN 2025

 


Harga emas spot meningkat 0.1 peratus kepada AS$2,795.92 seauns pada 0035 GMT, naik satu peratus sepanjang minggu ini. Sebelum itu, harga mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada AS$2,799.71. Bagaimana Jangkaan emas di Malaysia?

Saya mengjangkakan harga emas kemungkinan akan terus memacu meningkat tinggi sehinggalah penghujung tahun 2025 walaupun harga emas ditentukan oleh pasaran emas dunia. Peningkatan ini disebabkan oleh faktor dalaman dan faktor luaraan. Bagi faktor dalaman seperti perbezaan kadar pulangan keuntungan pelaburan oleh institusi perbankan kepada pelanggan menunjukkan kadar pulangan terhadap asset emas dilihat masih tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan pelaburan lain termasuk ASB, LTH, KWSP, akaun pelaburan dan sebagainya. Ini merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan harga emas bagi tahun 2025 kerana permintaannya yang dilihat semakin meningkat. Selain itu walaupun kadar inflasi di Malaysia agak rendah, namun pengumuman BNM tentang OPR bagi tahun 2025 dikekalkan pada kadar 3% bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia turut menyumbang kepada permintaan emas bagi pelaburan emas tempatan meningkat. Begitu juga dengan dasar fiscal atau monetary yang diperkenalkan oleh kerajaan sekrang ini dilihat sedikit sebanyak menyumbang kepada ransangan permintaan kepada pasaran emas. Bagi faktor luaran pula, saya melihat kekuatan RM yang semakin mengukuh berbanding US dan beberapa mata wang utama dunai menyumbang kepada peningkatan permintaa emas di Malaysia. Namun sekiranya kadar USD mengukuh berbanding RM ini akan menyumbang kepada peningkatan harga emas di Malaysia dan mungkin mrencatkan sedikit permintaan emas di pasaran tempatan. Begitu juga dengan suasasan geo politik dunia khususnya US yang masih  terlibat dengan siri peperangan dunia dan peperangan ekonomi dgn China menyebabkan negara US dilihat masih berdepan risiko yang pelbagai yang mampu menyebabkan USD menjadi semakin lemah yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan permintaan emas dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan harga pasaran emas tempatan.

Thursday, 30 January 2025

TIPS PERBELANJAAN PERSEKOLAHAN ANAK SESI 2025


 

SCAMMER UMRAH SEMAKIN MENJADI-JADI

 Bismillah. Menunaikan UMRAH merupakan impian semua umat Islam tetapi kekangan kewangan menyebabkan ramai masyarakat Islam memilih untuk memilih PAKEJ yang sesuai dengan bajet. Namun kewujudan pelbagai syarikat-syarikat UMRAH yang dianggarkan lebih 900 syarikat UMRAH di Malaysia menyebabkan industri UMRAH menjadi semakin menarik dan berkembang dengan pesat. Perkembangan ini memberi kesan positif kepada masyarakat Islam kerana:

a. harga pakej menunaikan UMRAH di pasaran terlalu banyak untuk dipilih

b. harga pakej murah dan mesra bajet semakin banyak untuk dipilih

c. mewujudkan dua kelompok umrah iaitu pakej umrah tetapi penginapan jauh dan pakej premium tetapi penginapan dekat

d. pakej yang singkat dan pakej yang biasa

e. pakej yang makanan disediakan dan pakej yg tidak termasuk makanan

Walaupun begitu, masyarakat yang ingin menunaikan UMRAH dingatkan jangan terlalu melihat pakej yang murah semata-mata sebaliknya perlu membuat sedikit "homework" dengan melihat kewajaran pakej tersebut. Berikut merupakan TIPS untuk mengelak JEMAAH UMRAH terkena SCAM oleh Syarikat UMRAH yang mengutamakan KEUNTUNGAN semata-mata dan secepat kilat:

a. Sila semak nama syarikat Travel Agensi UMRAH dengan MOTAC (kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia) kerana semua Syarikat yang manwarkan khidmat UMRAH mesti mempunyai lesen dan mendaftar dengan MOTAC. https://www.motac.gov.my/semakan/umrah

b.Pastikan pakej yang ditawarkan logik dan tidak meragukan JEMAAH walaupun pakej tersebut dilihat menguntungkan JEMAAH berbanding syarikat TRAVEL

c. Pastikan pakej yang ditawarkan tidak seperti product MLM atau produk MENANG & GURIS atau jualan membeli belah seperti BELI 1 dapat 1 FREE

d. Elak membuat bayaran deposit kepada syarikat TRAVEL yang tidak mendaftar dengan MOTAC bagi mengelak risiko yg lebih tinggi

e. Pastikan bayaran dibayar terus kepada AKAUN syarikat TRAVEL dan bukan kepada Mutawif  atau AKAUN PERIBADI MUTAWIF atau orang lain

Walaupun UMRAH ini ibadat yang dituntut dalam Islam bagi yang mampu, namun sikap segelintir mereka yang mengendalikan syarikat TRAVEL dengan mengenepikan konsep MUAMALAT dalam EKONOMI ISLAM telah menghitamkan hati mereka sehingga sanggup menipu jemaah dan mempunyai agenda tersembunyi terhadap bisnes yang dijalankan.

MFI........


Friday, 20 January 2023