Friday, 14 February 2025

Kesan Pelarasan Open Market Value Sekiranya Dilaksanakan Tahun hadapan kepada Nilai Harga Kereta dan Motosikal?

 

Apa kesan pelarasan Open Market Value sekiranya dilaksanakan tahun hadapan kepada nilai harga kereta dan motosikal?

sekiranya OMV dilaksanakan tahun hadapan, terdapan dua implikasi yang akan berlaku dalam pasaran ekonomi negara. Implikasi Pertama saya percaya bahawa pelaksanaan OMV pada tahun hadapan dilihat sebagai salah satu pendekatan yang berani digunakan oleh kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan kepada negara khususnya melalui cukai dan beberapa lagi instrument. Dalam erti kata lain jumlah pendapatan negara dijangka akan meningkat dan ini membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai agenda pengurusan ekonomi dan pembangunan di masa hadapan dengan lebih baik dan mampan agar KDNK negara sentiasa berada dalam keadaan mengembang.

Implikasi kedua pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu impak negative dan impak positif. Adalah kemungkinan wujud implikasi negative kepada pasaran automatif negara kerana diandaikan harga kenderaan kemungkinan akan meningkat antara 10-30 peratus berbanding harga semasa sekarang sekiranga OMV dilaksanakan tahun depan. Ini kerana segala kos-kos sebenar berkaitan pengeluaran kenderaan akan diambil kira termasuk kos pengurusan, pengiklanan dan sebagainya sebelum sesebuah kenderaan itu dikenakan cukai berdasarkan harga muktamad di pasaran. Dalam erti kata lain dijangkakan kenderaan yang pemasangan tempatan atau CKD akan mengalami peningkatan harga. Apa yang pasti situasi ini akan menyebabkan permintaan kenderaan pada tahun hadapan dijangka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang sgt perlahan kesan kenaikan harga kenderaan. JIka ini berlaku akan memberi kesan kepada kenaikan kos operasi pengilang dan jika situasi ini terus berlaku dikhuatiri terdapat syarikat-syarikat pengeluar kenderaan akan menutup operasi dan berpindah ke negara lain. Ini sgt merugikan negara kerana memberi kesan kepada peluang pekerjaan negara kembali mengucup dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Selain itu ini juga akan menyebabkan syarikat pengeluar kenderaan CKD mengabil sikap tunggu dan lihat bagi mengeluarkan produk baru yg lebih berdaya maju dan sesuai dengan kemampuan bajet masyarakat tempatan khususnya b40 dan m40. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pasaran automatif negara.

Namun Implikasi positif pula adalah sekiranya kerajaan pasti akan melaksanakan OMV pada tahun hadapan maka dijangkan Permintaa kenderaan CKD tahun ini meningkat dengan ketara kerana orang ramai akan cuba membeli harga kereta dengan harga yg murah tahun ini berbanding tahun hadapan. Jadi pasaran automatof Malaysia pada tahun ini mungkin dijangka berkembang pesat. Selain itu saya mengjangkakan Permintaan kenderaan second hand akan mengalami peningkatan tinggi bermula pada tahun hadapan setelah OMV diperkenalkan kerana bagi mereka yang berhadapan kekangan kewangan, kos sara hidup yang tinggi dan penyelarasan subsidi akan memilih kereta 2nd hand sebagai pilihan utama mereka. Di samping itu saya juga meihat  kemungkinan Permintaan kenderaan CBU juga dijangka akan meningkat lebih tinggi berbanding CKD pada tahun hadapan sekiranya harag kenderaan CBU lebih murah daripada kenderaan CKD.

 

Jesteru itu saya menyarankan agar kerajaan menyediakan beberapa peracangan awal sebelum pelasanaan OMV pada tahun hadapan seperti memperkenalkan OMV secara berfasa yang melibatkan kenderaan tertentu. Ini sedikit sebanyak membantu kerajaan menganalisis tindakbalas pasaran terhadap pelaksanakan OMV di fasa awal ini. Mungkin selepas itu beberapa penambahbaikan boleh dilakukan sepaya masyarakat dapat menikmati kenderaan CKD dengan harga yg sesuai dengan kemampuan dan pada masa yang sama pengeluar kenderaan masih mampu mengaut keuntungan dengan mampu menampung kenaikan kos yang berlaku serta kerajaan masih mampu menikmati kenaikan hasil cukai. INi akhirnya dapat menyelamatkan pasaran automatif negara agar sentiasa kompetitif dan memastikan ekonomi negara sentiasa mampan.

 

MFI@chegar

 

 

Wednesday, 12 February 2025

HARGA EMAS 2025 TERUS MEROKET: PELUANG MENINGKATKAAN ASET

 Selamat membaca. Semoga ada manfaat walaupun sedikit. Perkongsian di Utusan Malaysia bertarikh 7hb Feb 2025. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.





Tuesday, 4 February 2025

'Buy Now Pay Later' Di Malaysia: Adakah Baik Atau Buruk Kepada Pengguna?

 

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, corak perbelanjaan dalam kalangan masyarakat juga turut berubah. Sebagai contoh, konsep perniagaan beli dulu dahulu bayar kemudian (BNPL)  semakin meluas digunakan. Pun begitu, konsep yang pada asalnya bertujuan memudahkan orang ramai tetapi ada segelintir yang menyalahgunakan hingga mendatangkan mudarat kepada diri sendiri yang mana ada antara mereka yang terperangkap dengan hutang kerana mengambil mudah penggunana konsep pembelian tersebut.

 1.Secara asasnya siapa sebenarnya yang salah, adakah konsep bayaran itu atau sikap peminjam sendiri?

Sebenarnya penyediaan sistem BNPL dalam pasaran ekonomi di Malaysia merupakan sesuatu yang sangat baik dan bermanfaat kepada orang ramai khususnya negara Malaysia sekarang yang sudah mula bergerak ke arah dunia digital. Sebagai contoh platform SPaylater Shoppe, Hoolah, PAYLATER, dan beberapa lagi platform sebenarnya menjadi pemudah cara kepada orang ramai melakukan pembelian tanpa melibatkan komitmen bayaran yang tinggi serta menjimatkan masa, tenaga dan juga bajet. Namun sejauhmana sistem itu memberi manfaat atau pun tidak adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Sekirannya seseorang individu menjadikan platform ini sebagai satu cara untuk mendapatkan barangan secara cepat tanpa perlu mengeluarkan modal dan tanpa memikirkan keupayaan pendapatan  mereka kelak, maka BNPL akan memakan diri mereka sendiri. Begitu juga individu yang mempunyai sikap yang suka berhutang dan culas membayar akan terperangkap dengan sistem BNPL ini. Dalam erti kata lain sistem BNPL merupakan sesuatu sistem yang baik dan bermanfaat selagi mana orang ramai bijak menggunakannya mengikut keperluan dan bukan kehendak semata-mata serta mempunyai displin yg tinggi dalam bayaran balik hutang. Sebaliknya BNPL akan menjadi perangkap yang memakan diri sendiri jika orang ramai mempunyai sikap melewat atau culas membayar hutang tetapi mempunyai kemahuan yang tinggi terhadap membeli barangan.

 

2.Bagaimanakah perbandingan BNPL dengan kaedah pinjaman lain, mana yang lebih selamat?

Secara umumnya BNPL lebih baik jika dibandingkan dengan pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman melalui kad kredit, pinjaman peribadi dan beberapa lagi. Ini kerana kebiasannya BNPL menawarkan 0 kadar bunga, sedangkan kadar keuntungan dan kadar bunga bagi kad kredit dikenakan antara 12-18%. Begitu juga pinjaman dan pembiayaan peribadi yang dikenakan oleh pihak bank pada kadar 4-5%. Sekiranya orang ramai bijak dan berdisplin menggunakan sistem BNPL yang dibangunkan oleh beberapa platform di Malaysia, mereka akan mendapat manfaat yang besar. Dalam erti kata lain mereka perlu melunaskan hutang melalui BNPL ini secara tetap dan tidak tertangguh. Untuk selamat mereka boleh membuat bayaran secara potongan automatik dari akaun peribadi. Jadi ini amat membantu orang ramai untuk mengelak daripada dikenakan caj yang tinggi sekiranya mereka gagal membayar pada waktunya. Walaupun begitu sekiranya individu tersebut culas membayar hutang atau lewat membayar hutang, maka sistem BNPL akan mengenakkan caj tambahan yang jauh tinggi berbanding sistem perbankan. Orang ramai perlu ingat bahawa platform yang wujud di bawah sistem BNPL ini menawarkan tempoh hutang dan pinjaman dalam masa yang singkat seperti 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan. Masa yang singkat ini menjadi kekangan kepada orang ramai jika tidak bijak menguruskan bajet mereka.

 

3.Apakah saranan kepada orang ramai apabila berbelanja menggunakan konsep ini?

Saranan saya kepada orang ramai apabila berbelanja menggunakan konsep ini adalah yang pertama berbelanja kepada barangan yang bersifat keperluan terlebih dahulu dan bukan kehendak. Yang kedua, pastikan isi rumah membuat pengiraan pendapatan isi rumah tentang kedudukan kewangan mereka sama ada mampu atau tidak untuk membayar balik hutang dan pinjaman dalam masa singkat. Ketiga pastikan mereka yang ingin menggunakan platform dibawah sistem BNPL ini merupakan individu yang berdisplin dan bertangungjawab dengan apa yang dilakukan supaya kelak mereka dapat menunaikan hutang mengikut tempoh yang diberikan. Yang terakhir adalah hutang yang dilakukan melalui BNPL ini wajib dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak boleh lewat.

 

MFI@chegar

Sunday, 2 February 2025

HARGA EMAS DIRAMAL MENINGKAT BAGI TAHUN 2025

 


Harga emas spot meningkat 0.1 peratus kepada AS$2,795.92 seauns pada 0035 GMT, naik satu peratus sepanjang minggu ini. Sebelum itu, harga mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada AS$2,799.71. Bagaimana Jangkaan emas di Malaysia?

Saya mengjangkakan harga emas kemungkinan akan terus memacu meningkat tinggi sehinggalah penghujung tahun 2025 walaupun harga emas ditentukan oleh pasaran emas dunia. Peningkatan ini disebabkan oleh faktor dalaman dan faktor luaraan. Bagi faktor dalaman seperti perbezaan kadar pulangan keuntungan pelaburan oleh institusi perbankan kepada pelanggan menunjukkan kadar pulangan terhadap asset emas dilihat masih tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan pelaburan lain termasuk ASB, LTH, KWSP, akaun pelaburan dan sebagainya. Ini merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan harga emas bagi tahun 2025 kerana permintaannya yang dilihat semakin meningkat. Selain itu walaupun kadar inflasi di Malaysia agak rendah, namun pengumuman BNM tentang OPR bagi tahun 2025 dikekalkan pada kadar 3% bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia turut menyumbang kepada permintaan emas bagi pelaburan emas tempatan meningkat. Begitu juga dengan dasar fiscal atau monetary yang diperkenalkan oleh kerajaan sekrang ini dilihat sedikit sebanyak menyumbang kepada ransangan permintaan kepada pasaran emas. Bagi faktor luaran pula, saya melihat kekuatan RM yang semakin mengukuh berbanding US dan beberapa mata wang utama dunai menyumbang kepada peningkatan permintaa emas di Malaysia. Namun sekiranya kadar USD mengukuh berbanding RM ini akan menyumbang kepada peningkatan harga emas di Malaysia dan mungkin mrencatkan sedikit permintaan emas di pasaran tempatan. Begitu juga dengan suasasan geo politik dunia khususnya US yang masih  terlibat dengan siri peperangan dunia dan peperangan ekonomi dgn China menyebabkan negara US dilihat masih berdepan risiko yang pelbagai yang mampu menyebabkan USD menjadi semakin lemah yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan permintaan emas dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan harga pasaran emas tempatan.

Thursday, 30 January 2025

TIPS PERBELANJAAN PERSEKOLAHAN ANAK SESI 2025


 

SCAMMER UMRAH SEMAKIN MENJADI-JADI

 Bismillah. Menunaikan UMRAH merupakan impian semua umat Islam tetapi kekangan kewangan menyebabkan ramai masyarakat Islam memilih untuk memilih PAKEJ yang sesuai dengan bajet. Namun kewujudan pelbagai syarikat-syarikat UMRAH yang dianggarkan lebih 900 syarikat UMRAH di Malaysia menyebabkan industri UMRAH menjadi semakin menarik dan berkembang dengan pesat. Perkembangan ini memberi kesan positif kepada masyarakat Islam kerana:

a. harga pakej menunaikan UMRAH di pasaran terlalu banyak untuk dipilih

b. harga pakej murah dan mesra bajet semakin banyak untuk dipilih

c. mewujudkan dua kelompok umrah iaitu pakej umrah tetapi penginapan jauh dan pakej premium tetapi penginapan dekat

d. pakej yang singkat dan pakej yang biasa

e. pakej yang makanan disediakan dan pakej yg tidak termasuk makanan

Walaupun begitu, masyarakat yang ingin menunaikan UMRAH dingatkan jangan terlalu melihat pakej yang murah semata-mata sebaliknya perlu membuat sedikit "homework" dengan melihat kewajaran pakej tersebut. Berikut merupakan TIPS untuk mengelak JEMAAH UMRAH terkena SCAM oleh Syarikat UMRAH yang mengutamakan KEUNTUNGAN semata-mata dan secepat kilat:

a. Sila semak nama syarikat Travel Agensi UMRAH dengan MOTAC (kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia) kerana semua Syarikat yang manwarkan khidmat UMRAH mesti mempunyai lesen dan mendaftar dengan MOTAC. https://www.motac.gov.my/semakan/umrah

b.Pastikan pakej yang ditawarkan logik dan tidak meragukan JEMAAH walaupun pakej tersebut dilihat menguntungkan JEMAAH berbanding syarikat TRAVEL

c. Pastikan pakej yang ditawarkan tidak seperti product MLM atau produk MENANG & GURIS atau jualan membeli belah seperti BELI 1 dapat 1 FREE

d. Elak membuat bayaran deposit kepada syarikat TRAVEL yang tidak mendaftar dengan MOTAC bagi mengelak risiko yg lebih tinggi

e. Pastikan bayaran dibayar terus kepada AKAUN syarikat TRAVEL dan bukan kepada Mutawif  atau AKAUN PERIBADI MUTAWIF atau orang lain

Walaupun UMRAH ini ibadat yang dituntut dalam Islam bagi yang mampu, namun sikap segelintir mereka yang mengendalikan syarikat TRAVEL dengan mengenepikan konsep MUAMALAT dalam EKONOMI ISLAM telah menghitamkan hati mereka sehingga sanggup menipu jemaah dan mempunyai agenda tersembunyi terhadap bisnes yang dijalankan.

MFI........