Tuesday 24 May 2022

KESAN KENAIKAN OPR KEPADA PEMBIAYAAN BERASASKAN KADAR TETAP (FIXED RATE)

Kenaikan OPR telah menjejaskan pengurusan kewangan bagi sesebuah isi rumah. Isi rumah perlu berbelanja secara berhemah agar perbelanjaan diperuntukan kepada barang yang perlu dan bukan barang kehendak. Ini kerana kenaikan OPR telah menyebabkan bayaran kepada kebanyakan pinjaman dan pembiayaan daripada institusi perbankan atau syarikat kewangan akan meningkat.

Namun sebenarnya terdapat produk pembiayaan yang tidak terjejas dengan kenaikan OPR ini. Produk pembiayaan yang tidak terjejas langsung dengan kenaikan OPR ini adalah pelanggan bank yang melanggan produk yang berasaskan KADAR TETAP.

Sebagai contoh  Haji MOFAISIB telah memohon pembiayaan perumahan dengan RHB Islamic Bank berasaskan kontrak TAWARRUQ atau MURABAHAH bagi tempoh 35 tahun di mana kadar keuntungan yang dikenakan oleh pihak bank adalah 4% sepanjang tempoh pembiayaan. Andaikan harga rumah Corner Lot yang ingin dibeli oleh Hj MOFAISIB yang terletak di Nilai Impian ini berharga RM600,000. Bayaran bulanan adalah sebanyak RM2100 sebulan. 

Maka sekiranya kadar OPR meningkat akan menyebkan pihak bank turut menaikkan kadar faedah atau kadar keuntungan yang dikenakan kepada pelanggan. Andaikan kadar faedah/kadar keuntungan semasa sebelum kenaikan OPR adalah 3%, selepas berlaku kenaikan OPR maka kedua-dua kadar ini akan meningkat kepada 6%. Namun disebabkan Hj MOFAISIB mengambil produk pembiayaan perumahan Islan mengunnakan Kadar Tetap, maka bayaran bulanan kepada pihak bank tetap tidak berubah kerana di dalam kontrak telah dinyatakan bahawa kadar ini tidak akan berubah sepanjang tempoh berkontrak. Jadi ini akan memberi kelebihan kepada pelanggan bank yang mempunyai produk berasaskan kadar tetap. Sebagai contoh pembiayaan perumahan dengan LPPSA (kakitangan kerjaan) tidak terkesan dengan kenaikan OPR.

Secara kesimpulanya di dalam perkhidmatan perbankan terdapat dua jenis kadar faedah dan kadar keuntungan yang mampu mempengaruhi perubahan bayaran iaitu Kadar Berubah dan Kadar Tetap. Biasanya kadar tetap lebih tinggi daripada kadar Berubah.



2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan pemahaman saya, OPR hanya memberikan kesan kepada kadar faedah terapung. Di samping itu, ramai memilih kadar faedah terapung kerana kadarnya yang murah berbanding kadar faedah tetap. Namun, kadar faedah tetap membolehkan pelanggan mengetahui kadar faedah perlu dibayar dalam setahun tanpa ada kejutan seperti kesan kenaikan OPR. Kesimpulannya, OPR tidak memberi kesan kepada kadar faedah tetap kerana ianya tidak berdasarkan Kadar Rujukan.

    ReplyDelete