Bismillah Walhamdulillah Allahuakhbar.
Seringkali kita mendengar di akhbar arus perdana atau media massa dan elektronik tentang golongan LGBT. Siapakah LGBT ini? LGBT membawa maksud L-Lesbian, G-gay, B-bisexual dan T-transgander. Golongan ini sejak mutakhir ini mula muncul dan berani membawa hak dan isu mereka ke tatapan masyarakat. Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, golongan ini juga mempunyai peranan mereka tersendiri. Namun bagi agama Islam golongan ini
tidak

berada di landasan sebenarnya dan perlu didekati, didampingi dan diajak berunding serta berkawan sambil berdakwah dan bukan mengenepikan golongan ini daripada masyarakat. Oleh itu melalui Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan JAKIM sesuatu wajib dilakukan bagi membasmi permasalahan ini daripada terus merebak sehingga menjadi parah dan barah dalam masyarakat Malaysia umumnya dan Islam khususnya.

Oleh itu, melalui alat Kewangan Sosial Islam (
Islamic Social Finance) iaitu ZAKAT, maka golongan LGBT ini mampu didekati dan diberi peluang untuk mereka kembali kepada fitrah sebagai manusia yang normal. Persoalannya adakah wang ZAKAT boleh diberikan kepada LGBT? Atau adakah wang ZAKAT boleh diberikan untuk pembangunan Insani melalui pelbagai program yang dirancang oleh sesebuah organisasi? JAWAPANYA ialah wang ZAKAT tidak boleh diberikan kepada golongan LGBT tetapi wang ZAKAT boleh diberikan untuk pembangunan Insani melalui pelbagai program yang dirancang oleh sesebuah organisasi.Macam
sama je? Nampak macam sama tetapi ia sangat berbeza. Sekiranya wang
ZAKAT diberikan kepada golongan LGBT maka ia akan mengundang pelbagai
kesulitan lain yang memungkinkan objektif untuk memulihkan golongan ini
menjadi sia-sia tetapi jika wang ZAKAT diberikan kepada NGO atau
sesebuah organisasi yang menganjurkan program pembangunan insani untuk
membantu golongan LGBT menjadi manusia normal maka ia diharuskan di
dalam Islam. Majlis Fatwa Negeri Kedah dan majlis Fatwa Negeri Selangor
telah mengHARUSKAN wang zakat digunakan untuk pembangunan insani
golongan LGBT.

Kenapa LGBT termasuk golongan RIQAB? LGBT termasuk di dalam golongan Riqab kerana Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan
yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang
lebih baik (LZS), Riqab ialah orang-orang Islam tercengkam dengan perhambaan dan
penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti
cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang
tertentu (PPZ), Riqab ialah seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri dan termasuk juga
untuk melepaskan muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir. Kesimpulanya ketiga-tiga negeri ini menggunakan istilah DIBELENGGU untuk meninterpretasikan golongan Riqab.
Namun Riqab pada zaman awal Islam dahulu merujuk kepada tawanan perang sahaja (dibelenggu) dan ia tidak mempunyai impak kepada kesihatan masyarakat, kemakmuran masyarakat, keharmonian masyarakat dan akhlak masyarakat. Namun Riqab LGBT ini mempunyai impak negatif yang jauh lebih buruk berbanding Riqab tawanan perang. Cuba bayangkan golongan LGBT ini yang mengidap HIV akibat perbuatan negatif mereka? Kesimpulannya pengagihan wang zakat untuk pembangunan insani golongan LGBT adalah merupakan pendekatan yang selaras dengan MAQASID SYARIAH di MALAYSIA. Wassalam. Wakaf Jiwa